Top banner 1

MANGSA BENCANA

1. Pengoperasian Bilik Gerakan Bencana
  • Bilik Gerakan Bencana peringkat Ibu Pejabat JKMM akan dibuka dalam tempoh 24 jam selepas pengumuman Bencana Tahap III (negara) diumumkan oleh Majlis Keselamatan Negara.
  • Laporan status terkini kejadian Bencana Tahap III akan dilaporkan setiap 2 jam sekali sehingga Bilik Gerakan ditutup.

2. Bantuan Jangka Pendek
Bantuan Jangka Pendek iaitu makanan kering, tikar, selimut dan set kit bencana disalurkan segera kepada mangsa di pusat pemindahan.

3. Bantuan Jangka Panjang
Keputusan Bantuan Jangka Panjang untuk pemulihan keluarga mangsa dimaklumkan dalam tempoh tidak melebihi 30 hari daripada tarikh permohonan yang lengkap diterima selepas berakhirnya sesuatu kejadian bencana.

4. Kaunseling dan Psikologi
  • Keputusan permohonan mendapatkan khidmat kaunseling dan psikologi dimaklumkan dalam tempoh tidak melebihi 5 hari daripada tarikh permohonan yang lengkap diterima.
  • Intervensi Krisis dikendalikan dalam tempoh 24 jam dari masa kes itu diterima.

Tarikh Kemaskini : 08/06/2016