Top banner 1

PERKHIDMATAN

PENGENALAN

Pengenalan

AKTA PUSAT JAGAAN 1993 [AKTA 506]
Akta Pusat Jagaan 1993 [Akta 506]  digubal bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi pendaftaran pemeriksaan dan penguatkuasaan ke atas pusat jagaan dan bagi perkara yang berkaitan dengannya demi menentukan kebajikan, kesejahteraan, dan keselamatan penghuni diutamakan.

DEFINISI PUSAT JAGAAN
Menurut Seksyen 2 Akta 506, “jagaan” adalah termasuk perlindungan, pengawasan, pemulihan dan latihan. Manakala “pusat jagaan” pula bermaksud pusat jagaan berkediaman dan pusat jagaan harian.

DEFINISI PUSAT JAGAAN BERDAFTAR
“pusat jagaan berdaftar” merupakan suatu pusat jagaan yang didaftarkan di bawah Seksyen 6 Akta 506. Di bawah Seksyen 5 (1), tiada seorang pun boleh menjalankan atau mengambil bahagian dalam pengurusan suatu pusat jagaan yang tidak didaftarkan di bawah  Akta ini. Seksyen 5 (2) memperuntukkan bahawa mana-mana orang yang melanggar Subseksyen (1) adalah melakukan suatu kesalahan.