Top banner 1

MENJALANKAN KAJIAN DI JKM

1. Siapa yang boleh membuat permohonan?
Sistem ini terbuka kepada para pelajar, ahli akademik dan NGO yang ingin melaksanakan kajian mengenai sosial di Jabatan Kebajikan Masyarakat. Sistem MyResearch (http://myresearch.jkm.gov.my)

2. Berapakan tempoh kajian yang biasa dilaksanakan?
Biasanya tempoh kajian diambil selama 3 hingga 12 bulan.

3. Dimanakah kajian boleh dijalankan?
Kajian boleh dijalankan di Pejabat Kebajikan, dan Institusi Kebajikan. Pejabat kebajikan termasuklah Pejabat Kebajikan Masyarakat Derah, Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri dan Ibu Pejabat JKM. Instisusi Kebajikan termasuklah institusi Kanak-Kanak, Institusi Orang Tua, Institusi OKU, Pemulihan Dalam Komuniti, Pusat Aktiviti Kanak-Kanak, Pusat Aktiviti Warga Emas.

4. Adakah permohonan manual diterima selepas ini ? 
Tidak. Ini adalah kerana perkhidmatan ini akan dilaksanakan secara online.

5. Bagaimana cara untuk mengemukakan surat permohonan dan surat pengesahan?
Surat permohonan hendaklah di buat oleh pemohon atau pelajar sendiri dalam bentuk surat format rasmi  dan ditujukan kepada hendaklah ditujukan kepada Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat, yang mengandungi Tajuk Kajian, Lokasi Kajian dan Tempoh Kajian serta di tandatangani pemohon.  Manakala bagi surat pengesahan pula, ianya hendaklah ditujukan kepada Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat, dan ditandatangani penyelia projek/kajian atau Dekan atau Timbalan Naib Canselor.
 
6. Bagaimana prosedur permohonan menjalankan kajian bagi pemohon yang sedang mengikuti pengajian di luar negara?
Dimaklumkan bahawa sebarang permohonan mendapatkan maklumat dan menemubual pegawai daripada agensi kerajaan di Malaysia dari pemohon luar negara hendaklah dipohon melalui Unit Perancang Ekonomi (EPU), Jabatan Perdana Menteri. Maklumat berkaitan boleh diakses melalui link berikut http://www.epu.gov.my/ms/garis-panduan-dan-peraturan/menjalankan_penyelidikan. Setelah mendapat kelulusan daripada pihak EPU, baru tuan/puan boleh memohon melalui aplikasi sistem MyResearch.

7. Masalah penggunaan sistem boleh menghubungi urusetia seperti berikut :
Bahagian Perancangan dan Pembangunan,
Jabatan Kebajikan Masyarakat.
No Tel : 03-8323 1000