Top banner 1

PERKHIDMATAN BANTUAN KEWANGAN

Soalan 1:
Mengapakah Bantuan Kewangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) diwujudkan?


Jawapan:
Perkhidmatan bantuan kewangan oleh JKM disediakan kepada kumpulan sasar yang memerlukan kelangsungan hidup dengan sempurna. Tujuan umum bantuan kewangan kebajikan adalah seperti berikut:-
1.         Penyaraan pendapatan keluarga bagi memenuhi keperluan asas.
2.         Menggalakkan kumpulan sasar yang masih produktif supaya minat bekerja dan    berdikari
3.         Meningkatkan taraf kehidupan kumpulan sasar agar dapat meneruskan kelangsungan hidup dengan sempurna

Soalan 2:

Siapakah yang layak memohon bantuan kewangan JKM
?

Jawapan:

Semua permohonan yang dibuat perlu memenuhi syarat asas kelayakan seperti berikut:
i.         Warganegara Malaysia dan bermastautin di Malaysia
ii.        Pendapatan keluarga di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa
iii.       Golongan yang tidak berkemampuan dan berkeperluan dengan
mengambilkira  lain-lain faktor seperti bilangan anak/tanggungan yang tinggal bersama dan berasingan, tahap ketidakupayaan ketua  keluarga atau ahli keluarga, sokongan dari ahli keluarga, keadaan dan kelengkapan rumah berdasarkan keperluan keluarga dan faktor-faktor lain yang munasabah serta boleh memberikan gambaran kedudukan kewangan dan perbelanjaan harian pemohon/keluarga

Soalan 3:
Bagaimanakah cara untuk membuat permohonan bantuan kewangan JKM?
Jawapan:

Cara PermohonanPengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara.Borang permohonan JKM18 boleh didapati Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh Negara atau memuat turun borang tersebut di laman web www.jkm.gov.my

 
Soalan 4:
Berapakah skim bantuan dan jenis-jenis bantuan kewangan JKM yang ditawarkan?
Jawapan:
JKM mengendalikan 2 skim bantuan kewangan iaitu Skim Bantuan Negeri dan Skim Bantuan Persekutuan.
Skim Bantuan Negeri – adalah tidak seragam di antara negeri-negeri. Di antara jenis-jenis bantuan yang diberikan ialah bantuan bulanan kepada  warga tua, balu dan tanggungan, anak yatim miskin, OKU, tanggungan banduan pusat tahanan dan pesakit. Bantuan sekaligus seperti Bantuan Sekolah Sekaligus, Bantuan Alat Tiruan / Sokongan, Bantuan Am, Bantuan Cermin Mata, Bantuan Geran Pelancaran, Batuan Latihan Perantis, Bantuan Melanjutkan Pelajaran Ke Institute Pengajian Tinggi, Bantuan Membaiki Rumah dan Bantuan Serta Merta.
 
Skim Bantuan Persekutuan –Jenis-jenis bantuan yang diberikan ialah bantuan bulanan seperti Bantuan Kanak-kanak, Bantuan Anak Pelihara, Bantuan Orang Tua, Elaun Pekerja Cacat, Bantuan Oku Tidak Berupaya Bekerja, Bantuan Penjagaan OKU Terlantar dan Pesakit Kronik Terlantar, bantuan latihan Perantis dan Bantuan Am Persekutuan. Manakala bantuan sekaligus pula ialah Bantuan Geran Pelancaran, Bantuan Alat Tiruan / Sokongan.
 
 Soalan 5:
Berapakah tempoh permohonan ini diluluskan?
Jawapan:
Kesemua permohonan akan siap disiasat dalam tempoh dua (2) minggu; dan
Keputusan permohonan akan dimaklumkan dalam masa satu (1) bulan dari tarikh permohonan/dokumen yang lengkap diterima.
 
Soalan 6:
Apakah dokumen-dokumen sokongan yang perlu dikemukakan semasa memohon bantuan bulanan ini?
Jawapan:
Dokumen-dokumen sokongan yang perlu dikemukan semasa memohon bantuan bulanan adalah seperti:
  1. Salinan Kad Pengenalan Pemohon
  2. Salinan Kad Pengenalan / Sijil Kelahiran Ahli Keluarga Yang Tinggal Bersama
  3. Salinan Kad Oku/Slip Pendaftaran Sementara (Bagi Pemohon Oku)
  4. Salinan Sijil Kematian Suami Atau Isteri (Jika Berkaitan)
  5. Salinan Sijil Perkahwinan/ Perceraian (Jika Berkaitan)
  6. Laporan Perubatan Dari Hospital Atau Klinik Kesihatan Kerajaan (Jika Berkaitan)
  7. Penyata Pendapatan Atau Surat Pengesahan Pendapatan Dari Majikan/ Surat Akuan Pendapatan (Jika Bekerja Sendiri)
  8. Laporan Dari  Agensi Lain Yang Berkaitan (Aadk/ Polis/ Penjara) (Jika Berkaitan)
  9. Salinan Bil  Utiliti (Air/ Elektrik/ Telefon/ Astro Dll)
  10. Lain-Lain (Jika Ada):Socso / Kwsp / Pencen / Buku Pelaburan