Profil JKM
Sejarah
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah ditubuhkan pada bulan April 1946. Di dalam jangkamasa 76 tahun, JKM telah mengalami evolusi dalam memenuhi peranannya di dalam pembangunan negara. Bermula dengan penglibatan menangani pelbagai masalah yang timbul akibat Perang Dunia Kedua, peranan dan fungsi Jabatan ini telah berkembang kepada perkhidmatan pencegahan dan pemulihan dalam isu-isu sosial serta pembangunan masyarakat. Sebagai salah satu agensi kerajaan yang memainkan peranan penting dalam pembangunan sosial, ia telah di tempatkan di bawah beberapa Kementerian:
1946 - 1951
Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaya
1952 - 1955
Jabatan Perusahaan dan Perhubungan Sosial
1956 - 1957
Jabatan Kesihatan dan Kebajikan Sosial
1957 - 1958
Kementerian Kesihatan dan Kebajikan Sosial
1958 - 1959
Kementerian Buruh dan Kebajikan Masyarakat
1960 - 1962
Kementerian Kesihatan dan Kebajikan Masyarakat
1963 - 1964
Kementerian Buruh dan Kebajikan Masyarakat
1964 - 1982
Kementerian Kebajikan Am
1982 - 1990
Kementerian Kebajikan Masyarakat Malaysia
1990 - 2004
Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat
2004 - kini
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
Tarikh Kemaskini : 08/09/2022