PERKHIDMATAN
- Kanak - Kanak
- Warga Emas
- Orang Papa
- Orang Kurang Upaya
- Psikologi dan Kaunseling
- Komuniti
- Perkhidmatan
- Pengenalan
- Bantuan Kewangan Kerajaan Kepada Pertubuhan Sukarela Kebajikan (PSK)
- Bantuan Khas Perbendaharaan
- Permohonan Sokongan Pengecualian Cukai
- Sukarelawan JKM
- Projek Organisasi Komuniti (POK)
- Program Pembangunan Komuniti Di Projek Perumahan Rakyat (PPR) @ Kawasan Berisiko Tinggi
- Program One Stop Help Center (KAWAN)
- Perkhidmatan JKM di Pusat Transformasi Bandar (UTC)
- Program Khidmat Bantu Di Rumah
- Senarai Pertubuhan Sukarela Kebajikan (PSK)
- Perkhidmatan
- Skim Bantuan Kebajikan
- Pengurusan Bencana
- Kajian / Penyelidikan
- Perintah Khidmat Masyarakat
- Pusat Jagaan
- Akta Keganasan Rumah Tangga
- Institusi Kebajikan
PROGRAM KHIDMAT SOKONGAN SAKSI BAGI KANAK - KANAK
Projek Khidmat Sokongan SaksiMulai 1 Julai 2003 - Perkhidmatan KSS sebagai projek perintis di Mahkamah Seksyen dan Majistret, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur.
Apakah Khidmat Sokongan Saksi
Di Malaysia dimodelkan mengikut Witness Support Service di Britain yang dikendalikan oleh sebuah NGO bernama Victim Support, sebuah organisasi yang memberi sokongan kepada mangsa jenayah, termasuk kanak-kanak dan orang dewasa
Peranan
- • Menyediakan perkhidmatan bagi mengurangkan kebimbangan dan trauma kanak-kanak yang menjadi saksi
- • sebagai saluran komunikasi di antara pihak polis, pendakwa dan kanak-kanak yang terlibat.
Rasional
Kanak-kanak yang menjadi saksi di mahkamah menghadapi suatu pengalaman yang menakutkan dan membingungkan. Perasaan ini adalah disebabkan oleh faktor-faktor berikut:-
- • Kekaburan mengenai peranan mereka sebagai saksi
- • Kurang pengetahuan mengenai prosedur mahkamah, peranan kakitangan mahkamah dan susunatur mahkamah
- • Seringkali perlu menunggu lama, kadang-kadang berhampiran dengan tertuduh, keluarga atau penyokongnya yang menyebabkan saksi merasa terancam
- • Saksi kanak-kanak mungkin tidak memahami atau merasa tidak bersedia untuk proses pemeriksaan balas di mahkamah
- • Merasa takut apabila berada di kandang saksi dan kehadiran di kawasan mahkamah
- • Memberi keterangan di mahkamah itu sendiri adalah suatu pengalaman yang sukar
Peranan dan tanggungjawab Pekerja Khidmat Saksi
Perkhidmatan ini adalah percuma dan sulit serta dikendalikan oleh pekerja yang terlatih. Pekerja Khidmat Saksi tidak akan berbincang tentang kes berkenaan atau memberi sebarang nasihat undang-undang. Peranan Pekerja Khidmat Saksi adalah:-
- • Memberi maklumat tentang prosedur mahkamah
- • Menawarkan sokongan emosi kepada saksi serta keluarga.
- • Memenuhi mereka ke dalam mahkamah
- • Mewujudkan perhubungan menolong secara peribadi berkaitan perbicaraan tetapi bukan tentang keterangan kes.
- • Lawatan ke mahkamah sebelum perbicaraan untuk membiasakan diri dengan susunatur mahkamah
- • Persiapan untuk menerima sebarang keputusan mahkamah mengenai kes atau perkara lain
- • Bantuan praktikal seperti pengangkutan ke mahkamah
Bilik - bilik Khidmat Sokongan Saksi
- Perlis - Mahkamah Kangar
- Kedah - Mahkamah Alor Setar
- Selangor - Mahkamah Ampang, Shah Alam dan Sabak Bernam
- Kuala Lumpur - Mahkamah Jalan Duta
- Negeri Sembilan - Mahkamah Seremban
- Terengganu - Mahkamah Kuala Terengganu
- Sabah - Mahkamah Kota Kinabalu
Tarikh Kemaskini : 03/04/2019