Piagam Pelanggan Kanak - kanak

1. Kanak-kanak Yang Memerlukan Pemeliharaan dan Perlindungan
  • Siasatan awal kanak-kanak yang didera atau diabai dijalankan dalam tempoh tidak melebihi 10 jam daripada aduan diterima.
  • Laporan pelindung disediakan dalam tempoh 1 bulan daripada tarikh perintah sementara diterima daripada mahkamah.

2. Kanak-kanak Yang Memerlukan Perlindungan dan Pemulihan
  • Siasatan awal dijalankan segera daripada kes dirujuk
  • Laporan inkuiri dan Laporan Sosial dikeluarkan dalam masa 30 hari daripada tarikh perintah sementara diterima daripada mahkamah.
  • Keputusan mahkamah dimaklumkan kepada kanak-kanak dan ibu / bapa / penjaga dalam tempoh tidak melebihi 7 hari daripada tarikh perintah mahkamah diterima.

3. Kanak-kanak Yang Tidak Terkawal
  • Laporan Akhlak disediakan tidak melebihi 30 hari daripada tarikh perintah sementara diterima daripada mahkamah.

4. Kanak-kanak Yang Terlibat Dengan Jenayah
  • Laporan Akhlak disediakan tidak melebihi 7 hari sebelum tarikh Jatuh Hukum.
  • Keputusan mahkamah dimaklumkan kepada kanak-kanak dan ibu / bapa / penjaga dalam tempoh tidak melebihi 7 hari daripada tarikh perintah mahkamah diterima.

5. Pengangkatan Melalui Akta Pengangkatan 1952
  • Laporan Guardian-ad-Litem Anak Angkat disediakan mengikut tarikh yang telah ditetapkan oleh mahkamah.

6. Pengangkatan Melalui Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952
  • Laporan Pendaftaran Pengangkatan disediakan dalam tempoh tidak melebihi 30 hari daripada tarikh permohonan yang lengkap diterima.

7. Permohonan Anak Pelihara
  • Maklumbalas bagi permohonan Anak Pelihara diberi dalam tempoh tidak melebihi 2 bulan daripada tarikh permohonan yang lengkap diterima.

8. Bantuan Kewangan
  • Bantuan Kanak-kanak (BKK) - Keputusan permohonan Bantuan Kanak-kanak dimaklumkan dalam tempoh tidak melebihi 30 hari daripada tarikh permohonan yang lengkap diterima.
  • Bantuan Anak Pelihara (BAP) - Keputusan permohonan Bantuan Anak Pelihara dimaklumkan dalam tempoh tidak melebihi 30 hari daripada tarikh permohonan yang lengkap diterima.
9. Taman Asuhan Kanak-kanak (TASKA)
  • Sijil Perakuan Pendaftaran dikeluarkan kepada pengusaha Taman Asuhan Kanak-kanak dalam tempoh tidak melebihi 21 hari daripada tarikh permohonan lengkap diterima.
  • Sijil Kursus Asas Asuhan Kanak-kanak (KAAK) dikeluarkan kepada Pengusaha / Penyelia / Pengasuh / Pegawai Penyelaras TASKA / Pegawai Berkuasa TASKA dalam tempoh tidak melebihi 3 bulan daripada tarikh peperiksaan dijalankan.
  • Keputusan permohonan sebagai agensi yang diberi pengiktirafan untuk menjalankan KAAK dimaklumkan kepada pemohon dalam tempoh tidak melebihi 30 hari daripada tarikh permohonan lengkap diterima.
  • Keputusan peperiksaan Jurulatih Kursus Asas Asuhan Kanak-kanak dimaklumkan kepada peserta dalam tempoh tidak melebihi 3 bulan daripada tarikh peperiksaan dijalankan.
 
10. Bengkel Interaktif
  • Bengkel Interaktif dikendalikan kepada kanak-kanak bersama-sama ibu / bapa / penjaga yang diperintahkan oleh mahkamah dalam tempoh tidak melebihi 21 hari daripada tarikh rujukan yang lengkap diterima.
Tarikh Kemaskini : 01/06/2016