Top banner 1

KEMASUKAN KE RUMAH EHSAN

Bagaimana cara untuk memohon kemasukan Rumah Ehsan (Rumah Pesakit Melarat) dan apakah syarat-syarat yang diperlukan untuk kemasukan ke Rumah Ehsan?  

Rumah Ehsan ditubuhkan untuk memberikan jagaan, rawatan dan perlindungan kepada pesakit melarat yang uzur, daif dan tidak berwaris agar dapat terus hidup dalam suasana yang selesa. 
 
Syarat-syarat kemasukan :
1.         Tidak berupaya mengurus diri sendiri
2.         Disahkan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan sebagai pesakit melarat
3.         Tidak menghidap penyakit berjangkit
4.         Tiada pendapatan
5.         Tidak mempunyai sanak saudara/waris
 
Cara untuk memohon kemasukan ke Rumah Ehsan adalah seperti berikut :
Permohonan kemasukan warga emas ke Rumah Ehsan boleh dibuat di mana-mana  Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah.  Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah akan memproses permohonan menggunakan sistem e-JKM dan dihantar kepada Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri untuk semakan, ulasan dan sokongan.

Selepas itu, permohonan tersebut dikemukakan kepada Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat untuk pertimbangan kelulusan. 
 
Kelulusan kemasukan ke Rumah Ehsan bergantung kepada kekosongan tempat dan syarat-syarat yang ditetapkan. Permohonan akan dimaklumkan sebaik sahaja ada kekosongan.