Program Khidmat Bantu Di Rumah (KBDR)

PROGRAM KHIDMAT BANTU DI RUMAH (KBDR)

PENGENALAN
 
  • Program Khidmat Bantu di Rumah (Home Help Services) merupakan perkhidmatan sokongan sosial yang disediakan oleh sukarelawan kepada warga emas dan Orang Kurang Upaya (OKU) di rumah. Program ini juga bertujuan menyemarakkan perkembangan kesukarelawan (volunteerism) yang lebih tersusun dan berkesan dalam masyarakat. Penglibatan sukarelawan dalam kerja-kerja komuniti melalui Program Khidmat Bantu di Rumah dapat melancarkan proses pemerkasaan komuniti menerusi penglibatan aktif komuniti secara sukarela untuk pembangunan dan kesejahteraan bersama. Mekanisme ini bertepatan dengan hasrat kerajaan untuk memantapkan lagi perkhidmatan berbentuk community for community (K4K) bagi tujuan membina integrasi sosial di kalangan komuniti setempat secara holistik.

  •  Program Khidmat Bantu di Rumah yang dibentuk melalui pendekatan pendampingan sosial (social outreach)merupakan projek di bawah inisiatif NBOS7 - 1Malaysia Family Care. Program ini bermulapada Julai 2012 yang dilaksanakan secara kerjasama strategik antara Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Pertubuhan Sukarela Kebajikan (PSK).

  •  Pelaksanaan Program Khidmat Bantu di Rumah ini memenuhi 4 kriteria utama NBOS iaitu low cost, high impact, rapid execution dan sustainable untuk memastikan perkhidmatan ini benar-benar memberi manfaat kepada kumpulan sasar selaras dengan prinsip value for money. Program ini bukan sekadar memberikan perkhidmatan sokongan sosial kepada klien, tetapi ia juga merupakan perkhidmatan pemulihan, penjagaan dan pengintegrasian klien yang dilakukan oleh sukarelawan dalam komuniti. Menerusi pelaksanaan program ini, ianya dapat mengurangkan kemasukan warga emas dan OKU ke institusi-institusi kebajikan kerajaan, swasta dan NGO sekaligus menyokong usaha JKM dalam menjayakan program Deinstitutionalisation (DI).  
    1. Khidmat bantu di rumah merupakan satu program yangmemberi khidmat sokongan kepada warga emas dan OKU terutama bagi mereka yang tinggal bersendirian atau bersama ahli keluarga di rumah yang kurang penjagaan dan kurang berkemampuan
    2. Bercorak pendampingan sosial (social outreach)
    3. Sukarelawan yang dilatih dan melaksanakan tugasmereka berdasar konsep dan prinsip kesukarelaan.
    4. Berkonsepkan kebajikan sebagai tanggungjawab bersama

  • AKTIVITI
     
    Khidmat bantuan yang boleh diberikan oleh Sukarelawan Kebajikan adalah seperti berikut ( mengikut keperluan ):
    1. Menyediakan makanan dan minuman;
    2. Pembersihan diri (memandikan, memotong kuku) menyikat rambut dan sebagainya);
    3. Menjadi rakan berbual;
    4. Menjalankan aktiviti riadah;
    5. Mengemas atau membersihkan tempat tinggal, persekitaran;
    6. Membasuh, menyidai dan melipat pakaian;
    7. Mengeluarkan wang dari Bank;
    8. Membuat pembayaran bil;
    9. Memberikan perkhidmatan fisioterapi berkelayakan
    10. Memberi latihan praktikal tentang teknik-teknik penjagaan kepada penjaga;
    11. Memberi galakan dan latihan praktikal ke arah gaya hidup sihat;
    12. Membawa ke hospital/klinik untuk tujuan rawatan dan mengambil ubat;
    13. Mengajar warga emas/OKU/penjaga mengambil ubat dengan betul;
    14. Menemani warga emas dan OKU ke tempat beribadat;dan
    15. Bantuan lain yang dirasakan perlu
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Bahagian Komuniti, Cawangan Pembangunan Komuniti
Tarikh Kemaskini : 02/03/2021