Unit Penyayang Warga Emas (UPWE)


 
Program Unit Penyayang Warga Emas (UPWE) menyediakan perkhidmatan dan kemudahan pengangkutan kepada warga emas yang tinggal berseorangan atau dengan keluarga yang kurang berkemampuan untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan kesihatan di Hospital / Klinik Kesihatan sama ada yang disediakan oleh pihak kerajaan atau pihak swasta.

Objektif Unit Penyayang Warga Emas ialah:
1. Memberi kemudahan pengangkutan kepada warga emas untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan kesihatan di Hospital / Klinik Kesihatan serta keperluan sosial warga emas yang difikirkan perlu / rasional.

2. Meringankan beban tanggungan kos pengangkutan bagi warga emas yang memerlukan perkhidmatan tersebut. Menggerakkan kerjasama Pertubuhan Sukarela Kebajikan (PSK) dalam usaha membantu golongan warga emas yang tidak berkemampuan dan tidak mampu menguruskan kehidupan tua mereka.

3. Meningkatkan aksesibiliti warga emas terhadap kemudahan-kemudahan awam yang disediakan khususnya kemudahan perubatan seperti klinik atau hospital kerajaan / swasta.

4. Memberi kemudahan kepada warga emas yang mempunyai masalah kurang upaya fizikal dan mental yang menghadkan pergerakan mereka untuk mendapatkan rawatan dan perkhidmatan lain yang diperlukan demi kesejahteraan mereka.
 
Pada masa ini hanya terdapat 9 buah kenderaan yang ditempatkan di beberapa negeri di Semenanjung Malaysia. Tiada bayaran dikenakan untuk menggunakan perkhidmatan ini. Warga emas perlu menghubungi Pusat Aktiviti Warga Emas / Rumah Sejahtera berkaitan bagi mendapatkan perkhidmatan ini.
Tarikh Kemaskini : 06/03/2017