Majlis Penasihat dan Perundingan Warga Emas Negara (MPPWEN)

Majlis Penasihat dan Perundingan Warga Emas Negara diwujudkan sebagai suatu mekanisme pelaksanaan dasar berkaitan warga emas dan penuaan penduduk. Bahagian Warga Emas, Jabatan Kebajikan Masyarakat merupakan sekretariat kepada Majlis ini yang dipengerusikan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
Peranan Majlis Penasihat dan Perundingan Warga Emas Negara:
i.        Menyelia pelaksanaan Dasar dan Pelan Tindakan Warga Emas Negara
ii.       Membangunkan program dan strategi untuk mendidik masyarakat bagi meningkatkan kesedaran berhubung dengan warga emas
iii.      Membuat syor kepada kerajaan mengenai penjagaan, perlindungan, pembangunan dan kesejahteraan warga emas
iv.      Mengesyorkan kepada kerajaan perubahan kepada undang-undang sedia ada dan juga mencadangkan undang-undang baru bagi menjamin kesejahteraan warga emas
v.       Menasihati kerajaan mengenai isu-isu warga emas termasuk perkembangan di peringkat antarabangsa, mengumpul data dan maklumat serta menggalakkan penyelidikan berkaitan warga emas
 
Tarikh Kemaskini : 28/01/2020