Top banner 1

PENUBUHAN TASKA

Bagaimanakah proses pendaftaran  TASKA?

Jabatan Kebajikan Masyarakat bertindak sebagai ‘final agency’’ bagi pengeluaran Perakuan Pendaftaran TASKA. Ini bermakna sebelum suatu Perakuan itu dikeluarkan, kelulusan dari agensi-agensi teknikal yang lain perlu diperolehi.
 
SYARAT-SYARAT PENDAFTARAN
Berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Pendaftar Pertubuhan (ROS).
Memenuhi standard minimum Jabatan Kebajikan Masyarakat.
TASKA memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh agensi teknikal seperti berikut:
Pihak Berkuasa Tempatan
Jabatan Bomba dan Penyelamat
Jabatan Kesihatan
Jabatan Tanah dan Survei (Sarawak sahaja)
 
STANDARD MINIMUM JKM
Standard minimum yang ditetapkan adalah seperti berikut:
Nisbah pengasuh dengan kanak-kanak hendaklah mencukupi seperti Jadual berikut;
Pengasuh merupakan warganegara Malaysia dan berumur 18 tahun ke atas;
Pengusaha hendaklah hadir dan lulus Kursus Asas asuhan Kanak-kanak (KAAK)/ Kursus Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak PERMATA (KAP) yang diiktiraf oleh JKM;
Pengasuh hendaklah hadir dan lulus KAAK/KAP atau lulus KAP dalam tempoh 12 bulan bekerja;
Mematuhi nisbah kanak-kanak dengan ruang lantai:
2.5 meter persegi bagi seorang kanak-kanak bagi TASKA di Rumah;  dan
3.5 meter persegi bagi seorang kanak-kanak bagi TASKA Institusi; TASKA Tempat  di Kerja dan TASKA Komuniti.
Menyedia dan mempamerkan jadual menu makanan yang seimbang dan jadual  aktiviti harian mengikut peringkat umur kanak-kanak;
TASKA mempunyai kemudahan peralatan dan perabot yang sesuai, selamat dan mencukupi bagi keperluan kanak-kanak;
Menyedia dan menyenggara rekod-rekod di TASKA;
Menjaga kebersihan dan keselamatan dalam dan luar premis TASKA;
Memasang CCTV di TASKA;
Apa-apa syarat lain yang difikirkan patut dan sesuai oleh Ketua Pengarah atau Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri.
 

PROSEDUR PERMOHONAN PENDAFTARAN TASKA
Seseorang yang ingin memohon pendaftaran TASKA boleh mengambil langkah-langkah berikut:
Konsultasi dan permohonan pendaftaran boleh dibuat melalui Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) di mana TASKA tersebut akan ditubuhkan;
Buat carian nama TASKA di SSM dan dapatkan pengesahan daripada JKM;
Dapatkan kelulusan daripada agensi teknikal seperti di atas;
Permohonan Pendaftaran TASKA boleh dibuat secara on line (ejkm) atau manual;
Permohonan pendaftaran yang lengkap akan diproses dalam tempoh 14 hari   bekerja;
Bayaran fi pendaftaran dikenakan;
RM50.00 bagi TASKA Di Rumah atau
RM250.00 bagi TASKA Institusi; TASKA di Tempat Kerja dan TASKA Komuniti.
Kelulusan Sijil Perakuan Pendaftaran TASKA akan dikeluarkan oleh Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri (PKMN) yang berkenaan. Sebarang pembetulan terhadap sijil tersebut hendaklah dikemukakan dalam tempoh 14 hari;
Tempoh sah pendaftaran adalah selama 60 bulan (5 tahun); dan
Senarai TASKA berdaftar boleh disemak di laman web www.jkm.gov.my.