Top banner 1

PERKHIDMATAN

PROGRAM PEMULIHAN DAN PENGINSAFAN PELATIH

Program ini merupakan komitmen dasar kerajaan yang perlu diadakan di setiap negeri. Program ini bertujuan meningkatkan jati diri, kenyakinan diri, hubungan kekeluargaan serta keinsafan di kalangan pelatih. Setiap pelatih diwajibkan menyertai program ini dan akan ditolak jam agregat PKM. Program seperti berikut:-

1.  Program Keibubapaan
  • Memberi kesedaran dan pengetahuan kepada ibubapa betapa pentingnya hubungan kasih sayang terhadap anak-anak di bawah jagaan mereka;
  • Membina dan mengeratkan lagi hubungan antara ibubapa dan anak-anak;
  • Memberi peluang dan ruang kepada ibubapa untuk menyedari dan memahami kelemahan serta kekuatan yang ada pada anak mereka;
  • Memberi kekuatan dan sokongan kepada anak-anak untuk berubah ke  arah yang lebih baik.
2.  Kem Jati Diri PKM
  • Menimbulkan kesedaran dan keinsafan melalui penghayatan dan amalan nilai-nilai murni dalam mencapai kecemerlangan diri, keluarga, dan masyarakat;
  • Mendedahkan pelatih kepada pembelajaran praktikal yang bersepadu dari segi jasmani, pemikiran, dan rohani bagi  membentuk peserta menjadi insan yang seimbang;
  • Meningkatkan jati diri dan mengubah tingkahlaku pelatih untuk menjadi insan yang berguna; dan
  • Meningkatkan keyakinan diri pelatih PKM melalui aktiviti fizikal dengan  penerapan disiplin kendiri.
 3.  Kem Kerohanian PKM
       Merupakan pelaksanaan perintah mahkamah sebanyak 24 agregat jam yang merangkumi elemen keinsafan kepada pesalah yang dijatuhi hukuman Perintah Khidmat Masyarakat. Tujuan kem ini diadakan adalah untuk;-
  • Menimbulkan keinsafan melalui penghayatan amalan nilai-nilai kerohanian dalam menyuntik kesedaran hati nurani pelatih yang pernah melakukan kesilapan agar tidak mengulanginya lagi;
  • Membentuk keperibadian pelatih beristiqomah dan kental dalam menangkis sebarang pengaruh negatif yang boleh memudaratkan diri agar berupaya menjadi insan bermanfaat kepada agama dan masyarakat sejagat; dan
  • Mengukuhkan kefahaman pelatih dalam aspek aqidah dan solat sebagai tunjang utama seorang muslim untuk mengubah tingkahlaku menjadi insan yang lebih baik.
 
 
Tarikh Kemaskini : 12/06/2019