Top banner 1

PERKHIDMATAN

PROGRAM PENINGKATAN KEMAHIRAN DAN KEFUNGSIAN SOSIAL PELATIH

Program ini merupakan komitmen dasar kerajaan yang perlu diadakan di setiap negeri.  Program ini bertujuan bagi memberi keinsafan dan ruang kepada pesalah untuk memperbaiki kesilapan.  seperti berikut:-

1.  Program Keceriaan Institusi
  • Membentuk semangat bantu membantu di kalangan peserta supaya menjadi individu yang berterampilan dan semangat kerjasama;
  • Memberi peluang untuk pelatih mendekati penghuni di institusi jabatan; dan
  • Memupuk semangat jati diri yang positif dikalangan pelatih.
2.  Program Kerjaya
  • Mengenalpasti minat dan kecenderungan kerjaya para peserta;
  • Memberi panduan tentang peluang kerjaya yang bersesuaian dengan kelayakan akademik peserta;
  • Memberi kesedaran kepada pelatih bahawa mereka masih mempunyai peluang dalam meneruskan kehidupan dan kerjaya;
  • Memberi pendedahan tentang hala tuju dan peluang kerjaya;
  • Membangkitkan semangat bagi mencapai hasrat dan cita-cita yang diimpikan mengikut saluran yang betul;
  • Mempertingkat keyakinan, mengenali potensi diri dan seterusnya membantu membuat pemilihan kerjaya yang terbaik
3.  Program Skill@PKM
  • Memberi peluang memperolehi kemahiran baru kepada pelatih;
  • Memberi kesedaran kepada pelatih bahawa mereka masih mempunyai peluang dalam meneruskan kehidupan dan kerjaya berdasarkan kemahiran yang diperolehi;
  • Memberi peluang  kepada pelatih untuk peningkatan kemahiran kepada   tahap seterusnya.
4. Program Show Your Talent
  • Mencungkil bakat pelatih dan bekas pelatih PKM
  • Memberi peluang kepada pelatih dan bekas pelatih PKM mempamerkan bakat-bakat mereka melalui slot Show Your Talent;
  • Menyebarluas perkhidmatan Jabatan agar masyarakat lebih mendapat kesedaran dan mafaat daripada pelaksanaan dasar dan program jabatan.

Tarikh Kemaskini : 12/06/2019