Top banner 1

PERKHIDMATAN

PERLUASAN UNIT KHIDMAT PENYAYANG (UKP)

Program One Stop Help Centre (KAWAN)
Program One – Stop Help Center  (KAWAN) merupakan satu cetusan inisiatif baharu susulan daripada Mesyuarat Pasca Kabinet Bil. 5/2018 pada 27 Jun 2018 Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah diberi tanggungjawab untuk mengenalpasti mekanisme pelaksanaan yang sesuai dengan memberikan tumpuan kepada masyarakat bandar, luar bandar, FELDA, ladang dan kawasan pedalaman di seluruh negara  yang  memerlukan  perkhidmatan  secara terus dengan agensi kerajaan yang keciciran daripada mendapat perkhidmatan yang disalurkan oleh agensi kerajaan.
Program ini akan berfungsi sebagaimana yang berikut:
 
i. Hentian Setempat Perkhidmatan;
ii. Rujukan Awal Agensi;
iii. Pengurusan Bantuan Kewangan;
iv. Khidmat Nasihat dan Kaunseling;
v. Advokasi Perundangan dan Perkhidmatan; dan
vi. Sesi Tinjauan Kepuasan Pelanggan.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Bahagian Komuniti, Cawangan Kesukarelaan