Permohonan Surat Sokongan Pengecualian Cukai Di Bawah Subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967

PERMOHONAN SOKONGAN PENGECUALIAN CUKAI

PENGENALAN

Keperluan surat sokongan JKM adalah sebagai salah satu syarat permohonan yang telah ditetapkan oleh LHDN dalam proses permohonan pelepasan cukai di bawah Subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967 seperti yang dinyatakan dalam klausa 6.1.2.6 Garis Panduan Bagi Permohonan Untuk Kelulusan di Bawah Subseksyen 44(6), Akta Cukai Pendapatan 1967 (LHDN.01/35/42/51/179).

SYARAT PERMOHONAN
  1. Surat dari Pertubuhan Sukarela Kebajikan bagi Permohonan Pengecualian Cukai (di bawah Subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967);
  2. Dokumen yang perlu disediakan:
1 Sijil Pendaftaran Pertubuhan; ATAU 
Sijil Pendaftaran Syarikat; ATAU
Sijil Pendaftaran di bawah Akta Parlimen; DAN
Salinan Akta Pusat Jagaan 1993 (Jika Berkaitan)
2 Salinan Perlembagaan Pertubuhan atau Memorandum of Articlesyang disahkan
3 Senarai Aktiviti/Program yang dijalankan oleh Pertubuhan Sukarela Kebajikan (PSK)
4* Laporan Siasatan oleh Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) dan Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri (PKMN)* 
5 Lain-lain dokumen berkaitan bagi menyokong permohonan sokongan Pengecualian Cukai
  *disediakan oleh Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) dan Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri (PKMN) dan BUKANNYA pemohon.

PROSEDUR PERMOHONAN
  • Semua permohonan LENGKAP hendaklah dipanjangkan kepada Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) atau Pejabat Kebajikan Masyarakat Jajahan (PKMJ) / Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri (bagi JKM yang tidak mempunyai PKMD/J)
  • Setelah permohonan lengkap diterima daripada Pertubuhan Sukarela Kebajikan, Jabatan Kebajikan Masyarakat akan mengeluarkan surat sokongan dan dikemukakan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Unit Komuniti (PKMD/ Jajahan / Bahagian /Cawangan) berkenaan.

URL Directori JKM: https://www.jkm.gov.my/jkm/index.php?r=portal/directory&id=UzlRTjkxUVFUa2Q5a0hFVm1UQXZuUT09    
Tarikh Kemaskini : 15/11/2021