Top banner 1

SUKARELAWAN

1. Bagaimanakah caranya untuk melibatkan diri dalam kerja-kerja sukarela?
  • Mencari maklumat mengenai organisasi sukarela dan peluang, bidang serta tugas sebagai sukarelawan.
  • Memilih bidang yang diminati dan golongan yang ingin dibantu bersesuaian dengan kebolehan dan kemahiran diri.
  • Menentukan cara dan waktu untuk melakukan kerja-kerja sukarela di samping tugas-tugas dan tanggungjawab lain.
  • Perkara-perkara lain yang perlu dipertimbangkan juga ialah latihan, kepuasan terhadap tugas tersebut, turut melibatkan ahli keluarga dan lain-lain.

2. Bagaimanakah cara untuk memohon menjadi sukarelawan JKM?
Permohonan boleh dibuat dengan hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) / Pejabat Kebajikan Masyarakat Jajahan (PKMJ) ATAU Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri (bagi negeri yang tidak mempunyai PKMD/ J iaitu WP Kuala Lumpur, WP Labuan, wp Putrajaya dan Perlis) mengikut alamat yang terdekat dengan alamat tempat tinggal. Borang permohonan juga boleh dimuat turun melalui portal ini.


(sila klik di sini untuk muat turun Borang Permohonan Sukarelawan)

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Bahagian Komuniti, Cawangan Kesukarelaan