Rumah Tunas Harapan

OBJEKTIF UMUM
 
Rumah Tunas Harapan (RTH) adalah rumah kanak-kanak sistem berkeluarga yang berperanan memberi jagaan, perlindungan dan kasih sayang dalam suasana sebuah keluarga kepada kanak-kanak yang tidak dapat hidup bersama ibu bapa/ keluarga kandung.


KONSEP
 
RTH merupakan satu inovasi dalam penjagaan kanak-kanak yang tiada keluarga kandung dengan menempatkan 8 hingga 10 orang kanak-kanak dalam sebuah rumah biasa yang lebih kondusif, berbanding meletakan mereka di Rumah Kanak-kanak sedia ada. Mereka diberi penjagaan dan perlindungan oleh penjaga yang telah dilantik oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat sebagai ibu bapa pelihara mereka. Disamping berpeluang membesar dalam suasana kekeluargaan, mereka dididik mengikut kepercayaan agama dan budaya masing-masing.

SEJARAH AWAL PENUBUHAN
 
Rumah Tunas Harapan pertama telah dibina pada tahun 1988   di atas sebidang tanah rizab kebajkan seluas 12 ekar, pemberian daripada kerajaan Negeri Selangor. Kos pembinaan bagi 4 unit rumah sebanyak RM300,000 telah ditaja oleh Syarikat Amway (M) Sdn. Bhd. 10 orang kanak-kanak telah ditempatkan bersama satu keluarga pelihara di setiap rumah. Pada tahun 1998, 2 unit tambahan telah dibina menjadikan keseluruhan sebanyak 6 unit Rumah Tunas Harapan dan dinamakan Rumah Tunas Harapan (RTH) Tengku Ampuan Rahimah, Kuala Selangor.
 
Kini terdapat 9 Lokasi RTH yang sedang beroperasi di seluruh Malaysia:
  
BIL.
RTH/ TAHUN PEMBINAAN
TAJAAN DAN JUMLAH/ JUMLAH UNIT RUMAH
1.
RTH Tengku Ampuan Rahimah
Kuala Selangor (1998)
Amway (M) Sdn. Bhd.
(RM555,000)
6 unit
2.
RTH Payung Sejahtera
Kuala Pilah (1992)
 
Britannia (M) Sdn. Bhd
(RM341,000)
4 unit
3.
RTH Darul Hilmi
Kuala Terengganu (1993)
Dermawan Tempatan
(RM300,000)
4 unit
4.
RTH Semarak Kasih, Jasin
(1996)
NEC Sales (M) Sdn. Bhd.
(RM208,000)
2 unit
5.
RTH Taman Kemumin, Kelantan
(1998)
Unilever Holding Sdn. Bhd.
(RM310,000)
2 unit
6.
RTH Kompleks Penyayang Bakti, Sungai Buloh (1998)
Yarisan Holding Bhd. dan BAKTI
(RM4.9 juta)
4 unit
7.
RTH Semai
 
 
Bakti, Pahang (2003)
Yayasan Felda
(RM300,000)
2 unit
8.
RTH Sepenuh Hati, Rawang, Selangor (2004)
Jusco Foundation (M) Sdn. Bhd.
(RM350,000)
1 unit
9.
RTH Sepenuh Hati 2, Seri Kembangan, Selangor (2006)
Jusco Foundation (M) Sdn. Bhd.
(RM350,000)
1 unit


PERKONGSIAN BIJAK
 
Projek Rumah Tunas Harapan adalah kejayaan “Perkongsian Bijak” di antara Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dengan badan-badan korporat, agensi-agensi kerajaan, pertubuhan kebajikan sukarela dan masyarakat setempat. Badan-badan korporat telah membiayai kos pembinaan dan pembelian fasiliti, kerajaan negeri menyediakan tanah dan masyarakat setempat pula menyediakan kemudahan-kemudahan serta sokongan lain


SUMBER KEWANGAN
 
Kerajaan, melalui JKM memberi bantuan berupa geran tahunan untuk menampung kos keperluan kanak-kanak dan bayaran elaun kepada ibu pelihara. Selain itu, Lembaga Pengurus berperanan memastikan RTH ditadbir mengikut peraturan-peraturan yang telah ditetapkan bagi memastikan kesejahteraan kanak-kanak serta menjalankan aktiviti amal seperti mengutip derma bagi menampung keperluan semasa kanak-kanak


PENEMPATAN KANAK-KANAK
 
Kanak-kanak yang ditempatkan di RTH adalah terdiri daripada kanak-kanak yang keluar daripada Rumah Kanak-kanak, kanak-kanak yatim atau kanak-kanak daripada keluarga bermasalah yang tidak mampu memberi jagaan dan pemeliharaan yang sempurna kepada kanak-kanak.


KRITERIA PEMILIHAN
 
Kriteria pemilihan adalah seperti berikut:
  1. Kanak-kanak berusia 1 hingga 18 tahun;
  2. Kanak-kanak memerlukan perlindungan;
  3. Keutamaan adalah kepada kanak-kanak yang mempunyai adik beradik semasa di Rumah Kanak-kanak supaya mereka berpeluang membesar bersama di dalam sebuah keluarga; dan
  4. Kanak-kanak tidak mempunyai penyakit kritikal dan tidak banyak bermasalah dari segi sikap, kelakuan dan positif dalam pemikiran.
     
PENGURUSAN
 
Rumah Tunas Harapan ini diuruskan Lembaga Pengurus yang dilantik oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat bagi tempoh tiga (3) tahun mengikut Garis Panduan Pengurusan Rumah Tunas Harapan. Ahli-ahli Lembaga Pengurus dianggotai oleh masyarakat setempat yang mempunyai semangat kesukarelaan dan minat dalam kerja-kerja kemasyarakatan yang melibatkan kebajikan kanak-kanak. 


PEMILIHAN IBU BAPA PELIHARA
 
Ibu bapa Pelihara dipilih melalui temuduga untuk menentukan kesesuaian mereka oleh Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri/ Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah.
 
Kriteria pemilihan adalah seperti berikut: 
  1. Berumur dalam lingkungan 40 hingga 60 tahun dan sihat tubuh badan;
  2. Berminat dan berpengalaman menjaga kanak-kanak;
  3. Mempunyai asas pendidikan agama dan boleh mengajar kanak-kanak tentang agama dan moral;
  4. Ibu bapa pelihara dibenarkan membawa pasangan dan dua orang anak kandung untuk  tinggal bersama anak-anak pelihara di RTH; dan
  5. Ibu pelihara mestilah seorang surirumah sepenuh masa, tidak muflis dan tiada rekod jenayah.

PERKHIDMATAN
 
Perkhidmatan yang disediakan di RTH adalah seperti berikut: 
  1. Jagaan dan Perlindungan
  • Tempat tinggal
  • Makanan
  • Pakaian
  • Keperluan harian
  • Rawatan perubatan 
  1. Bimbingan dan Kaunseling
  • Khidmat kaunseling dan nasihat kepada kanak-kanak disediakan secara berkala untuk mengatasi masalah emosi dan psikologi bagi membentuk perkembangan menyeluruh kanak-kanak;
  • Perbincangan kes 
  1. Pelajaran Akademik 
  • Semua kanak-kanak dalam peringkat umur persekolahan diwajibkan bersekolah bagi menjamin masa hadapan mereka
  1. Pendidikan Agama dan Moral
Tarikh Kemaskini : 02/03/2021