Top banner 1

Bulan Kebajikan Negara 2017

PERTUBUHAN SUKARELA KEBAJIKAN

1. Geran Pertubuhan Sukarela Kebajikan
  • Keputusan permohonan Bantuan Geran dimaklumkan kepada Pertubuhan Sukarela Kebajikan (PSK) pada minggu ketiga (3) bulan April dan Ogos pada setiap tahun.
  • Perjanjian Persefahaman pemberian geran di antara Pertubuhan Sukarela Kebajikan (PSK) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) ditandatangani dalam tempoh tidak melebihi 14 hari selepas menerima Surat Setuju Terima Bantuan Geran JKM daripada Pertubuhan Sukarela Kebajikan.
  • Bayaran Geran kepada Pertubuhan Sukarela Kebajikan (PSK) dibuat dalam tempoh tidak melebihi 30 hari selepas Pertubuhan Sukarela Kebajikan (PSK) menandatangani Perjanjian Persefahaman.
2. Permit Pegawai Dagang
Surat sokongan dikeluarkan kepada Pertubuhan Sukarela Kebajikan (PSK) bagi permohonan sokongan permit Pegawai Dagang dalam tempoh tidak melebihi 14 hari bekerja daripada tarikh permohonan yang lengkap diterima.

3. Pengecualian Cukai Pertubuhan Sukarela Kebajikan
Ulasan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri bagi permohonan sokongan pengecualian cukai daripada Pertubuhan Sukarela Kebajikan (PSK) dan syarikat korporat / swasta disediakan dalam masa 1 hari daripada tarikh permohonan yang lengkap diterima.

4. Pendaftaran Pertubuhan Sukarela Kebajikan
Ulasan kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan bagi permohonan sokongan pendaftaran pertubuhan daripada Pertubuhan Sukarela Kebajikan (PSK) dan syarikat korporat / swasta dibuat dalam tempoh tidak melebihi 14 hari bekerja daripada tarikh permohonan yang lengkap diterima.

5. Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR)
Keputusan permohonan menjalankan program tanggungjawab sosial oleh syarikat korporat / swasta dimaklumkan dalam tempoh tidak melebihi 21 hari bekerja daripada tarikh permohonan yang lengkap diterima.

6. Pembangunan Komuniti
Kelulusan permohonan bantuan geran bagi melaksanakan Projek Organisasi Komuniti dimaklumkan kepada klien dalam tempoh tidak melebihi 30 hari daripada tarikh permohonan yang lengkap diterima.

7. Kaunseling dan Psikologi
  • Keputusan permohonan mendapatkan khidmat kaunseling dan psikologi dimaklumkan dalam tempoh tidak melebihi 5 hari daripada tarikh permohonan yang lengkap diterima.
  • Intervensi Krisis dikendalikan dalam tempoh 24 jam dari masa kes itu diterima.