Top banner 1

PERTUBUHAN SUKARELA KEBAJIKAN (PSK) & BADAN BUKAN KERAJAAN (NGO)

1. Bagaimanakah cara untuk Pertubuhan Sukarela Kebajikan (PSK) memohon surat sokongan pengecualian cukai dari JKM?
Permohonan boleh dikemukakan kepada  Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) / Pejabat Kebajikan Masyarakat Jajahan (PKMJ) / / Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian (PKMB) / Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri (bagi negeri yang tidak mempunyai PKMD/ J iaitu WP Kuala Lumpur, WP Labuan, WP Putrajaya dan Perlis) mengikut alamat yang terdekat dengan alamat pejabat operasi PSK.
 
Pihak Ibu Pejabat hanya berperanan untuk memproses permohonan lengkap yang telah sempurna di peringkat PKMD/J/B dan JKMN bagi tujuan pengeluaran surat sokongan yang akan dikemukakan kepada LHDN.


2. Bagaimanakah cara untuk Pertubuhan Sukarela Kebajikan (PSK) memohon surat sokongan permit Pegawai Dagang dari JKM?

Bermula Julai 2016, semua permohonan sokongan Pegawai Dagang hendaklah dipohon terus ke Bahgian Khidmat Ekspatriat Jabatan Imigresen Malaysia.

3. Bolehkah Pertubuhan Sukarela memohon bantuan kewangan Kerajaan daripada JKM?

Boleh. Pertubuhan Sukarela Kebajikan boleh memohon Bantuan Kewangan Kerajaan daripada JKM dengan mengemukakan permohonan ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) / Pejabat Kebajikan Masyarakat Jajahan (PKMJ) / / Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian (PKMB) / Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri (bagi negeri yang tidak mempunyai PKMD/ J iaitu WP Kuala Lumpur, WP Labuan, WP Putrajaya dan Perlis) JKM Negeri (bagi PSK peringkat daerah / negeri) ATAU mengemukakan permohonan ke Ibu Pejabat JKM (bagi PSK peringkat Kebangsaan),  setelah memenuhi kriteria kelayakan seperti berikut:

  • Pertubuhan yang berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan di bawah Akta Pertubuhan 1966 atau di bawah Undang-undang tubuh lain.
  • Pertubuhan bertaraf tempatan.
  • Pertubuhan bercorak Kebajikan (welfare-related) yang mengendalikan program berbentuk pencegahan, pemulihan, jagaan dan perlindungan serta pembangunan bagi kumpulan sasar di bawah tanggungjawab dan fungsi Jabatan. 
  • Pertubuhan yang telah berdaftar di bawah Akta Pusat Jagaan 1993 bagi yang mengendalikan program institusi berkediaman atau Pusat Jagaan Harian
  • Program dan aktiviti PSK adalah selaras dengan dasar dan objektif Jabatan
  • Telah beroperasi selama tiga tahun dan ke atas

Bantuan ini adalah untuk menampung sebahagian daripada kos operasi yang ditanggung oleh PSK dalam memberi perkhidmatan kepada kumpulan sasar JKM dan penggunaannya adalah terikat dengan syarat-syarat perjanjian yang perlu dipatuhi oleh PSK.
 

4. Apakah Bantuan Khas Perbendaharaan dan bagaimanakah untuk memohon?

Peruntukan Bantuan Khas Perbendaharaan (BKP) adalah Bantuan Kewangan KERAJAAN diagihkan kepada Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) bagi tujuan PELAKSANAAN PROGRAM Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat. Bantuan Kewangan KERAJAAN diagihkan bagi menggalakkan penyertaan dan penglibatan NGO dalam program dan khidmat kebajikan. Juga sebagai rakan kongsi Kementerian dalam menyediakan perkhidmatan kebajikan yang terbaik kepada masyarakat yang memerlukan, di samping perkhidmatan yang telah disediakan oleh kerajaan. Terbuka untuk semua badan bukan kerajaan (NGO) yang berdaftar dengan mana-mana Pendaftar yang diiktiraf atau mana-mana badan Kerajaan yang diberi kuasa melalui undang-undang Negara dan menjalankan sesuatu program yang mempunyai kepentingan untuk wanita, keluarga dan masyarakat. NGO boleh memohon BKP melalui 3 agensi di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat iaitu sama ada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) atau Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) atau Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) berdasarkan Bidang Keutamaan. Semua pemohon yang berjaya perlu mematuhi Garis Panduan Pelaksanaan Program Bantuan dan Geran (sila klik di sini untuk muat turun Garis Panduan). Semua NGO perlu memberi PENGIKTIRAFAN KEPADA KERAJAAN melalui ANJURAN BERSAMA dengan KPWKM dengan penggunaan LOGO KERAJAAN.

Borang Permohonan Rasmi boleh dimuat turun melalui laman web di bawah, iaitu:

JKM (www.jkm.gov.my)
JPW (www.jpw.gov.my)
LPPKN (www.lppkn.gov.my)

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi: 
Jabatan Kebajikan Masyarakat (bagi Bidang Keutamaan Pembangunan Masyarakat)
Bahagian Pembangunan Komuniti
Aras 9,
No 55, Persiaran Perdana,
Presint 4,
62100 Putrajaya

No. Tel: 03-8323 2384/ 2374/ 2386/ 2388
No. Faks : 03-8323 2058
Website: www.jkm.gov.my
Email:adminjkm@jkm.gov.my

Jabatan Pembangunan Wanita (bagi Bidang Keutamaan Pembangunan Wanita)
Bahagian Pembangunan Kapasiti
Aras 23-25
No 55, Persiaran Perdana,
Presint 4,
62100 Putrajaya
No. Tel: 03-8323 1000
No. Faks: 03- 8323 2034
Website: www.mywanita.gov.my
Email: info@jpw.gov.my

Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (bagi Bidang Keutamaan Pembangunan Keluarga)
Bahagian Perancangan Korporat
Aras 20, Bangunan LPPKN 12B,
Jalan Raja Laut
Peti Surat 10416
50712 Kuala Lumpur
Tel: 03-26937555
Website: www.lppkn.gov.my
emel: penduduk@lppkn.gov.my

5. Apakah program pembangunan masyarakat yang layak dipertimbangkan di bawah Bantuan Khas Perbendaharaan?

  1. Selaras dengan bidang-bidang keutamaan yang telah ditetapkan untuk program pembangunan kumpulan sasar KPWKM, mengikut BIDANG KEUTAMAAN seperti berikut:
Pembangunan Wanita (Perlu memohon melalui Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) sila layari www.jpw.gov.my)
  • Latihan dan Peningkatan Kemahiran
  • Peningkatan Kapasiti Wanita
  • Literasi Undang-undang
  • Pengurusan Emosi
  • Nur Bahagia (Menangani Keganasan Terhadap Wanita)
  • Kepekaan Gender
  • Program Kesedaran Berkaitan HIV/AIDS
Pembangunan Keluarga (Perlu memohon melalui Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) sila layari www.lppkn.gov.my)
  • Kekeluargaan
  • Keibubapaan
  • Kebapaan
  • Persediaan Perkahwinan
  • Pemantapan Perkahwinan
  • Pembangunan Remaja
  • Kesihatan Reproduktif
  • Pencegahan HIV/AIDS
Pembangunan Masyarakat (Perlu memohon melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM))
  • Perlindungan dan Pemulihan Kanak-kanak
  • Advokasi dan Literasi Akta-akta Sosial dan Undang-undang
  • Perlindungan dan Pemulihan Orang Kurang Upaya
  • Pemulihan dan Kesejahteraan Warga Emas
  • Pemulihan dan Pengurusan Mangsa Bencana
  • Pemulihan dan Peningkatan Kapasiti Orang Papa dan Pengemis
  • Kajian dan Latihan dalam Kebajikan dan Pembangunan Masyarakat
  • Pembangunan Kapasiti Komuniti dan Pertubuhan Sukarela Kebajikan (PSK)
  • ProgramSokongan kepada Penghidap HIV/AIDS
  • Persediaan Persaraan
  1. Program yang memberikan impak yang besar dan bersifat jangka masa panjang kepada kumpulan sasar;
  2. Tidak bertentangan dengan Perlembagaan Malaysia serta tidak menyentuh isu-isu sensitif yang boleh menimbulkan permasalahan dan menggugat ketenteraman negara seperti isu agama, perkauman dan politik;
  3. Memberi manfaat kepada kumpulan sasar;
  4. Keutamaan akan diberi kepada NGO yang belum pernah menerima peruntukan daripada KPWKM; dan
  5. Program bagi permohonan baru hanya akan dipertimbangkan setelah Laporan Pelaksanaan Program lengkap diterima oleh Jabatan.
(sila klik di sini untuk muat turun Garis Panduan BKP)
(sila klik di sini untuk muat turun Garis Panduan Pelaksanaan dan Pelaporan Program)