Top banner 1

KES KEGANASAN RUMAH TANGGA

Apakah erti keganasan rumahtangga?
  • Sengaja / cuba meletakkan mangsa dalam ketakutan
  • Mencederakan secara fizikal
  • Memaksa / mengancam melakukan perbuatan seksual
  • Mengurung / menahan tanpa kerelaan
  • Khianat / merosakkan harta dengan niat menyebabkan kesedihan / kegusaran.

Bagaimanakah caranya untuk melaporkan kes keganasan rumahtangga?
Mangsa keganasan rumahtangga boleh melaporkan kejadian keganasan terhadapnya ke:
  • Balai Polis yang berhampiran atau pengaduan boleh dibuat di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan yang berhampiran
  • Menghubungi Talian Kasih 15999
  • Merujuk terus ke hospital yang berhampiran sekiranya dicederaka

Apakah Perintah Perlindungan Kecemasan (Emergency Protection Order)?

Perintah Perlindungan Kecemasan (EPO) adalah suatu perintah yang boleh dimohon oleh mangsa pada bila-bila masa dan terpakai dalam perenggan (a) atau (b) takrif :keganasan rumahtangga: di bawah Seksyen 2, Akta 521 iaitu:

     (a) secara bersengaja atau dengan disedarinya meletakkan, atau cuba meletakkan, mangsa itu dalam keadaan ketakutan kecederaan fizikal; atau
     (b) menyebabkan kecederaan fizikal kepada mangsa itu dengan sesuatu perbuatan yang diketahui akan menyebabkan kecederaan fizikal


Siapakah yang boleh memohon Perintah Perlindungan Kecemasan (EPO)?

Perintah Perlindungan Kecemasan (EPO) boleh dipohon secara ex-parte oleh - Seksyen 3A(3)
(a) Mangsa itu;
(b) Peguam mangsa itu; atau
(c) Dalam hal jika mangsa itu ialah seorang kanak-kanak atau dewasa tidak berkeupayaan, penjaga, saudara atau orang yang bertanggungjawab bagi menjaga kanak-kanak atau orang dewasa tidak berkeupayaan itu, atau seorang pegawai kebajikan masyarakat selain Pegawai Kebajikan Masyarakat Diberi Kuasa (PKMDBK)


Berapa lamakah tempoh Perintah Perlindungan Kecemasan (EPO)?

Sesuatu Perintah Perlindungan Kecemasan (EPO) hendaklah sah selama tempoh tujuh hari dari tarikh pengeluaran perintah itu, dan berkuatkuasa apabila suatu salinan perintah itu disampaikan kepada orang yang terhadapnya perintah itu dibuat mengikut seksyen 3B atau 3C Akta A1538


Di manakah Perintah Perlindungan Kecemasan (EPO) boleh dimohon?

Seksyen 3A(4) - Perintah Perlindungan Kecemasan boleh dimohon di mana-mana Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) yang:
(a) Mangsa tinggal
(b) Orang yang terhadapnya perlindungan itu diminta tinggal
(c) Keganasan rumahtangga yang dikatakan berlaku
(d) Mangsa itu ditempatkan buat sementara


Keadaan bagaimana Perintah Perlindungan Kecemasan (EPO) boleh dipohon?

Perintah Perlindungan Kecemasan boleh dimohon apabila terdapat perlakuan mana-mana berikut:
(a) Secara sengaja meletakkan mangsa dalam ketakutan kecederaan fizikal
(b) Menyebabkan kecederaan fizikal


Apakah perintah dalam Perintah Perlindungan Sementara (EPO)?

Perintah yang boleh dikeluarkan dalam Perintah Perlindungan Sementara adalah seperti Seksyen 3A(7):
  • menghalang pelaku melakukan keganasan rumah tangga ke atas mangsa;
  • melarang pelaku menghasut orang lain untuk melakukan keganasan terhadap mangsa;
  • melarang pelaku dari memasuki tempat selamat, tempat berlindung, tempat kediaman, kediaman bersama atau kediaman alternatif mangsa