Projek Organisasi Komuniti (POK)

PROJEK ORGANISASI KOMUNITI (POK)
 
PENGENALAN
Projek Organisasi Komuniti (POK) merupakan program kerja sosial untuk mempertingkatkan kualiti hidup kumpulan sasar Jabatan. POK ini memberi tumpuan ke arah mengukuhkan komuniti setempat supaya dapat bergerak dan bertindak secara kolektif untuk mengendalikan masalah sosio ekonomi yang dialami.
Pelaksanaan Projek Organisasi Komuniti bukan hanya terhad kepada inisiatif kumpulan sasar tetapi memerlukan inisiatif Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian.
 
TUJUAN PROJEK ORGANISASI KOMUNITI
Tujuan POK adalah seperti berikut:
  1. Membasmi kemiskinan dan pengasingan di kalangan komuniti;
  2. Meningkatkan penentuan kendiri komuniti setempat;
  3. Menggalakkan penglibatan secara demokrasi;
  4. Menyelesaikan masalah sosial melalui “self-help”;
  5. Mewujudkan masyarakat penyayang;
  6. Mengatasi ketidakpuasan dan bertindak sewajarnya.

OBJEKTIF PELAKSANAAN PROJEK ORGANISASI KOMUNITI
Objektif pelaksanaan POK adalah seperti berikut:
  1. Untuk menggalakkan dan menggerakkan penglibatan komuniti kumpulan sasar dan masyarakat umum dalam  pembangunan setempat;
  2. Meningkatkan kualiti hidup komuniti sasar melalui penglibatan proaktif dan berkesan dalam   aktiviti sosial dan ekonomi yang dikenalpasti;dan
  3. Memaksimumkan penggunaan sumber tempatan dalam mewujudkan komuniti sasar yang berdikari.
 
KUMPULAN SASAR
i. Klien Jabatan
ii. Bekas pelatih atau penghuni institusi Jabatan
iii.Komuniti Miskin dan termiskin

JENIS PROJEK

Terdapat lima (5) jenis projek POK seperti berikut:
i. Projek Ekonomi
ii.Projek Latihan Kemahiran
iii.Projek Pendidikan Sosial
iv.Projek Pendidikan Kerohanian
v.Projek Khidmat Masyarakat


Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Bahagian Komuniti, Cawangan Pemerkasaan Komuniti
 
Tarikh Kemaskini : 23/02/2021