Top banner 1

PERKHIDMATAN

PEMULIHAN

PASUKAN KEBAJIKAN KANAK-KANAK DAERAH (PKKK)
Mengikut Seksyen 7 a AKK 2001 (Pindaan) 2016, Pasukan  Kebajikan Kanak-Kanak ditubuhkan oleh Majlis Kebangsaan Bagi Kanak-Kanak untuk menyelaraskan perkhidmatan-perkhidmatan setempat kepada keluarga-keluarga dan kanak-kanak jika kanak-kanak memerlukan atau disyaki memerlukan perlindungan dan pemulihan atau kanak-kanak didapati bersalah atas apa-apa kesalahan.

Sesuatu Pasukan  Kebajikan Kanak-kanak hendaklah terdiri daripada anggota berikut:
           a)      Tidak lebih dari tujuh (7) orang ahli yang mempunyai pengalaman, pengetahuan dan kepakaran yang sesuai dalam perkara yang                           berhubungan dengna perlindungan dan pemulihan kanak-kanak yang dilantik oleh Menteri;
          (b)     seorang Pegawai Pendidikan;
          (c)     seorang pegawai kanan polis.

Peranan dan Tanggungjawab PKKK:
  1. Untuk menggalakkan penyertaan masyarakat dalam pencegahan jenayah dan kerosakan akhlak serta kebajikan juvana dan orang muda,
  2. Untuk membantu pegawai-pegawai akhlak mendapatkan penjaga-penjaga atau ibu bapa angkat bagi juvana dalam seliaan,
  3. Untuk membantu pegawai-pegawai akhlak mendapatkan latihan dan pekerjaan bagi juvana dalam seliaan,
  4. Untuk membantu pegawai-pegawai akhlak menjalankan tugas-tugas menyelia juvana dalam cubaan akhlak dan tugas-tugas mereka berhubung dengan seliaan lanjutan juvana yang dibebaskan dari Asrama Akhlak, Sekolah Diluluskan dan Henry Gurney serta memastikan tugas-tugas itu dilaksanakan dengan sempurna,
  5. Untuk sentiasa melawat juvana dalam tahanan di tempat-tempat tahanan dalam daerah atau kawasan dimana JKK itu beradau untuk memastikan juvana tersebut diberikan jagaan dan perlindungan mengikut peruntukan Kaedah-Kaedah Tempat Tahanan 1950.
 
Sehingga 2015, terdapat sebanyak 133 buah JKK yang telah digazetkan di seluruh negara yang dianggotai oleh seramai 1,433 orang ahli. Sehubungan itu, setiap tahun Bahagian ini mengagihkan peruntukan geran tahunan kepada semua Jawatankuasa ini untuk menjalankan aktiviti-aktivitinya di peringkat akar umbi. Seterusnya meningkatkan lagi fungsi dan peranannya.
 
AHLI LEMBAGA PELAWAT
Lembaga Pelawat merupakan merupakan satu organisasi yang ditubuhkan bagi membantu pentadbiran dan pengurusan institusi pemulihan  kanak-kanak. Jumlah ahli Lembaga Pelawat adalah seramai 15 orang yang terdiri daripada pemimpin tempatan, swasta, individu di peringkat komuniti yang berpengalaman, berkemahiran, berpengetahuan yang boleh menyumbangkan perkhidmatan secara sukarela untuk kebajikan dan kesejahteraan kanak-kanak. Semua ahli lembaga pelawat adalah dilantik oleh Menteri dan tempoh perlantikan ahli lembaga pelawat ialah tiga (3) tahun.

Fungsi Lembaga Pelawat:
  1. Mengadakan lawatan ke institusi pemulihan bagi pemantauan aktiviti dan program  yang sedang dijalankan
  2. Memaklumkan kepada Ketua Pengarah terhadap penemuan atau penambahbaikan yang diperlukan bagi meningkatkan keberkesanan pentadbiran dan pengurusan institusi pemulihan kanak-kanak.
  3. Memantau kebajikan dan kesejahteraan kanak-kanak dengan memberi penekanan kepada elemen kelangsungan hidup, keselamatan, pembangunan dan penyertaan kanak-kanak.
  4. Mengadakan mesyuarat secara berkala sebagai pemantauan serta membantu Ketua institusi dalam pentadbiran dan pengurusan.
  5. Merekodkan ulasan-ulasan serta meminitkan semua mesyuarat yang diadakan bagi tindakan pihak ketua intitusi terhadap perkara-perkara yang dibangkitkan dalam mesyuarat.
  6. Mempertingkatkan laporan kemajuan dan displin kanak-kanak bagi tujuan pembebasan kanak-kanak supaya dapat diintergrasikan semula dalam komuniti.
 
NAZIRAN
  1. Memastikan keperluan asas dan keselamatan kanak-kanak di institusi dipatuhi.
  2. Memastikan keselamatan, kebersihan, peralatan, kelengkapan institusi terjaga serta pentadbiran, pengurusan dan kewangan mengikut peraturan yang ditetapkan.
  3. Memastikan supaya kakitangan institusi menjalankan tugas dan tanggungjawab  mengikut peraturan-peraturan yang ditetapkan.
  4. Membuat lawatan naziran ke institusi pemulihan bagi kanak-kanak secara berkala bagi pemantauan program dan aktiviti pemulihan dilaksanakan  mengikut sistem pengurusan klien.(CMS).
  5. Memantau program pembelajaran dari segi akademik dan latihan kemahiran bagi kanak-kanak dilaksanakan mengikut jadual serta laporan kemajuan atau prestasi kanak-kanak.
  6. Menyediakan laporan naziran mengenai teguran dan penambahbaikan yang diperlukan.
  7. Membuat lawatan susulan bagi memastikan supaya segala tindakan telah dilaksanakan.
 
PENGURUSAN KES KANAK-KANAK
  1. Memastikan supaya proses kerja bagi pengendalian kanak-kanak adalah mengikut MS-ISO 9001-2008 bagi perkhidmatan luar dan system pengurusan klien (CMS) bagi perkhidmatan institusi pemulihan adalah dipatuhi.
  2. Memastikan supaya laporan buku log, kerja kes, kerja kumpulan, laporan kemajuan, pengendalian kes konferens, mesyuarat panel disiplin, mesyuarat pembebasan penghuni dan laporan akhlak diadakan.
  3. Menyemak Laporan Akhlak/ Sosial untuk memastikan kes di buat dengan teliti dan tepat serta menyediakan laporan berkaitan.
  4. Memantau kes konferens di buat di setiap negeri dan daerah dalam pengendalian Kes Pemulihan Kanak-Kanak.
 
PERKONGSIAN BIJAK DENGAN AGENSI KERAJAAN DAN SWASTA
  1. Merancang, menyelaras dan memantau program pemulihan berasaskan perkongsian bijak dengan agensi kerajaan, korporat dan swasta yang memberi faedah sinergi kepada semua pihak yang terlibat. 
  2. Merancang, menyelaras dan memantau perkongsian bijak yang dilaksanakan oleh Institusi pemulihan supaya perkongsian bijak ini dapat memberi manfaat bersama.