Top banner 1

Bulan Kebajikan Negara 2017

PERKHIDMATAN

KEUSAHAWANAN SOSIAL (PROWELL)

1.0    Pengenalan

ProWell adalah jenama bagi produk-produk yang dihasilkan oleh Orang Kurang Upaya (OKU) iaitu pelatih dari Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK), penghuni institusi-institusi kebajikan dan penerima bantuan skim geran pelancaran di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Projek ini diperkenalkan oleh JKM yang percaya pada 'pembangunan inklusif' tanpa mengira umur, latarbelakang, jantina, keupayaan fizikal dan mental. Mereka harus diberikan peluang yang saksama untuk turut serta dalam pembangunan sosial dan ekonomi negara.
Oleh yang demikian, projek ini dengan mempunyai dua matlamat utama iaitu – pertama, untuk memanfaatkan kemahiran dan bakat pelatih Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK), penghuni Institusi Kebajikan dan penerima bantuan Skim Geran Pelancaran. Kedua, ia dapat memberi peluang dalam memperkasakan ekonomi yang mampan dalam kehidupan mereka.   
Projek ini dilaksanakan berdasarkan pada prinsip keusahawanan sosial di mana ia didorong oleh misi dalam memberikan nilai sosial kepada golongan kurang berkemampuan melalui tingkah laku dan entiti keusahawanan, yang layak dari segi kewangan dan mampu berdikari.
 
2.0    Aktiviti-aktiviti yang dijalankan

Bagaimana projek ProWell dilaksanakan?
Di bawah jenama ProWell, pihak jabatan akan memberi kemudahan dan nasihat dalam penghasilan produk – bermula dari pembangunan produk, latihan, menyediakan peralatan dan bahan mentah yang diperlukan, pembungkusan dan penjenamaan, dalam menjamin pasaran untuk produk-produk yang dihasilkan oleh kumpulan sasar. Bersesuaian dengan slogan ProWell iaitu, “Empowering lives, Engaging hearts”

Kumpulan Sasar
  • Pelatih Program Pemulihan Berasaskan Komuniti (PDK)
  • Penghuni Institusi kebajikan
  • Penerima Bantuan Skim Geran Pelancaran di peringkat daerah
  • Produk ProWell

Kategori produk yang dihasilkan:
 a)Hadiah & aksesori
Produk buatan tangan yang sesuai dijadikan sebagai hadiah korporat, cenderamata dan untuk koleksi persendirian. Dari aksesori buatan tangan yang indah oleh golongan wanita etnik Sarawak kepada batik yang dilukis oleh orang kurang upaya yang halus buatannya.
 
b) Beg
ProWell juga mempunyai produk buatan tangan yang unik seperti beg lipat songket, clutch petang yang eksklusif, beg tote dan beg yang dianyam seperti corak ketupat.

c)  Produk Ecostyle
ProWell mempunyai beg Ecostyle yang diperbuat daripada bahan mesra alam. Produk ini direka khas dan dibuat oleh golongan Orang Kurang Upaya dan penghuni di institusi kebajikan.

d)  Makanan Ringan/ Snek
ProWell menyediakan makanan ringan hasil cetusan pelatih dari Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK), penghuni institusi-institusi kebajikan dan penerima bantuan skim geran pelancaran.

e) Food Truck
Food Truck merupakan kafe bergerak yang semakin berkembang dan menjadi trendy dalam kelompok masyarakat amsa kini. Projek perintis ini adalah bertujuan untuk memupuk penghuni institusi kebajikan untuk menjadi usahawan di dalam industri perkhidmatan makanan dan minuman.

3.0 Kerjasama
Pihak jabatan menjalin perkongsian pintar dengan pelbagai badan-badan korporat dan badan kerajaan dalam mempromosi dan memasarkan produk-produk ProWell.