Taman Seri Puteri

PENGENALAN
Taman Seri Puteri adalah institusi Tempat Perlindungan bagi pemeliharaan dan pemulihan kanak-kanak yang ditubuhkan atau ditetapkan di bawah seksyen 55 (tempat perlindungan) Akta Kanak-Kanak 2001.
 
OBJEKTIF
Memberi perlindungan dan pemulihan kepada kanak-kanak yang terdedah kepada bahaya moral atau keruntuhan akhlak dengan memupuk sikap dan nilai yang sesuai dengan norma masyarakat serta memberikan kemahiran yang bersesuaian.
 
KATEGORI KANAK-KANAK
  • Permintaan bertulis ibu atau bapa atau penjaga kepada Mahkamah Bagi Kanak-Kanak supaya menahan anaknya ke Tempat Perlindungan;
  • Didorong melakukan perbuatan seksual, berada dalam suasana fizikal/sosial yang membawa kepada perbuatan seksual;
  • Tinggal atau mengunjungi mana-mana rumah pelacuran atau tempat berkira;
  • Bersama-sama atau berada di bawah kawalan muncikari atau orang yang bekerja atau berkepentingan dalam urusan di rumah pelacuran atau berkaitan dengan pelacuran;
  • Permohonan kanak-kanak itu sendiri kerana memerlukan perlindungan segera;
  • Diancam atau ditakut-takutkan bagi maksud pelacuran/ bersetubuh dengan seseorang/ bagi apa-apa maksud lucah;
  • Dikurung atau ditahan oleh seseorang lain; 
  • Berkemungkinan atau sedang dilakukan ke atas kanak-kanak seperti maksud di atas; atau
  • Hamil anak luar nikah

KEMASUKAN
Melalui perintah Mahkamah Bagi Kanak-Kanak di bawah Perenggan 40(1)(e) (tempat perlindungan selama tempoh 3 tahun) atau memohon sendiri di bawah Subseksyen 41(1) (memerlukan pelindungan segera – atas permohonan kanak-kanak/ibu/bapa/penjaga) Akta Kanak-Kanak 2001.
 
TEMPOH PERLINDUNGAN DAN PEMULIHAN
Selama tempoh tiga tahun tetapi boleh dibebaskan sebelum tamat tempoh dengan Kuasa Menteri atau kelulusan Lembaga Pelawat atau dengan meminda, mengubah atau membatal perintah Mahkamah Bagi Kanak-Kanak.
Tarikh Kemaskini : 02/03/2021