Perlindungan kepada Mangsa Pemerdagangan Orang

 
Merujuk Akta AntiPemerdagangan Orang Dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007  ( Pindaan) 2022 [ Akta A1644] , Seksyen 2, Tafsiran;

 “orang yang diperdagangkan” ertinya "mana-mana orang yang menjadi mangsa atau objek perbuatan pemerdagangan orang”

 “pemerdagangan orang” ertinya segala perbuatan merekrut, mengangkut, memindahkan, memperoleh, mengekalkan, menlindungi, menyediakan atau menerima, seseorang, bagi maksud eksploitasi dengan cara yang berikut :
a) ancaman atau penggunaan kekerasan atau bentuk paksaan yang lain:

b) pemelarian;
c) 'fraud';
d) perdayaan;
e) penyalahgunaan kuasa;
f)  penyalahgunaan kedudukan orang yang mudah terdedah kepada bahaya perbuatan pemerdagangan orang; atau
g) pemberian atau penerimaan bayaran atau faedah untuk memperolehi kerelaan seseorang yang mempunyai kawalan ke atas orang yang diperdagagangkan". 


Jagaan dan Perlindungaan 
Subsekyen 42(3) ATIPSOM 2007 (pindaan) 2022 memperuntukkan tanggungjawab Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berhubung pengurusan, pentadbiran dan kawalan ke atas tempat perlindungan yang diisytiharkan di bawah subseksyen (1), orang yang diperdagangkan di tempat perlindungan itu dan Pegawai Pelindung yang dilantik di bawah seksyen 43.

Tempat Perlindungan
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) diberi tanggungjawab menyediakan tempat perlindungan kepada mangsa lelaki dewasa dan kanak-kanak.  Buat masa ini terdapat tiga buah Rumah Perlindungan (RP) iaitu satu RP bagi lelaki dewasa (RP4) dan dua RP bagi kanak-kanak di bawah tanggungjawab JKM.  RP4 diselia oleh Bahagian Perintah Khidmat Masyarakat dan dipertanggungjawabkan untuk memantau pengurusan, pentadbiran; dan program serta intervensi yang dilaksanakan oleh RP4.  RP4 menyediakan perlingungan kepada mangsa pemerdagangan orang terdiri dari lelaki dewasa yang telah mendapat Perintah Perlindungan Interim di bawah subsekyen 44(2), Perintah Perlindungan di bawah subseksyen 51(3)(a), dan subsekyen 54(3) Perintah Jagaan dan Perlindungan Lanjut (PJPL).

Mengambil Orang Ke Dalam Jagaan Sementara
Menurut subseksyen 44(2), Majistret hendaklah membuat Perintah Perlindungan Interim bagi orang yang ditempatkan di tempat perlindungan selama tempoh dua puluh satu (21) hari bagi maksud menjalankan penyiasatan dan siasatan di bawah seksyen 51.
          
Penyiasatan, Siasatan dan Perintah Perlindungan

Subseksyen 51(3)(a) ialah bagi orang yang diperdagangkan dan memerlukan jagaan dan perlindungan, Majistret boleh membuat suatu Perintah Perlindungan:—

        (i)   dalam hal orang yang diperdagangkan ialah seorang warganegara atau pemastautin tetap   
              Malaysia, memerintahkan orang yang diperdagangkan itu ditempatkan di tempat perlindungan 
              selama tempoh tidak melebihi tiga (3) bulan dari tarikh Perintah itu; atau
   
        (ii) dalam hal orang yang diperdagangkan ialah seorang warganegara asing, memerintahkan orang
             yang diperdagangkan itu ditempatkan di tempat perlindungan selama tempoh tidak melebihi
             tiga (3) bulan dari tarikh Perintah itu, dan selepas itu melepaskannya kepada pegawai imigresen
             untuk tindakan yang perlu mengikut peruntukan Akta Imigresen 1959/63.

Pelepasan Orang Yang Diperdagangkan
Subseksyen 54(3):  Walau apa pun subseksyen (1), mahkamah boleh, atas suatu permohonan yang dibuat oleh Pegawai Pelindung atau pegawai penguat kuasa, dan setelah berpuas hati bahawa orang yang diperdagangkan itu memerlukan jagaan dan perlindungan lanjut atas sebab yang munasabah atau bagi maksud pengurusan penghantaran pulang, membuat Perintah supaya orang yang diperdagangkan itu ditempatkan di tempat perlindungan bagi apa-apa tempoh lanjut sebagaimana yang difikirkan patut oleh Majistret.

Perkhidmatan yang disediakan seperti berikut:-
  1. Keperluan Asas
  2. Rawatan dan Perubatan Kesihatan
  3. Kaunseling
  4. Komunikasi Bersama Keluarga 
  5. Nasihat Perundangan        
  6. Pelindungan Mangsa Semasa ke Mahkamah
  7. Program Pembangunan Sosial
  8. Aktiviti Riadah dan Sukan
  9. Membantu permohonan mangsa bagi mendapatkan kebenaran untuk bergerak bebas dan bekerja
  10. Bayaran Elaun kepada magsa pemerdagangan
 
 
 
 
 
Tarikh Kemaskini : 31/01/2024