SOALAN LAZIM
- Pengendalian Warga Emas di Institusi Bagi Mencegah Penularan Wabak Coronavirus (COVID-19)
- Pengoperasian Institusi Warga Emas Pasca PKP/B Jabatan Kebajikan Masyarakat
- Semakan Pesalah Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak Dalam Daftar Kanak-Kanak
- Perkhidmatan Bantuan Kewangan
- Penubuhan TASKA
- Sukarelawan
- Pertubuhan Sukarela Kebajikan (PSK) & Badan Bukan Kerajaan (NGO)
- Syarikat
- Kemasukan Kanak-kanak Tidak Terkawal ke Institusi JKMM
- Perkhidmatan Pemulihan Akhlak
- Perkhidmatan Orang Kurang Upaya
- Kemasukan ke Rumah Seri Kenangan
- Kemasukan ke Rumah Ehsan
- Kemasukan ke Desa Bina Diri
- Kes Keganasan Rumah Tangga
- Kes Penderaan Kanak-kanak
- Perkhidmatan Anak Pelihara
- Perkhidmatan Kaunseling
- Perkhidmatan Berkaitan Kanak-Kanak dan keluarga
- Perkhidmatan Perintah Khidmat Masyarakat
- Tindakan Penguatkuasaan TASKA dan Pusat Jagaan
- Operasi Menyelamat Pengemis
- Menjalankan kajian di JKM
KEMASUKAN KE RUMAH SERI KENANGAN
Bagaimana cara untuk memohon kemasukan Ke Institusi Warga Emas (Rumah Seri Kenangan) dan apakah syarat-syarat yang diperlukan ?Jawapan :
Rumah Seri Kenangan diwujudkan untuk membantu Warga Emas yang tidak mempunyai waris, hidup dalam keadaan yang sejahtera serta mempunyai penjagaan, perlindungan dan rawatan yang sempurna. Kehidupan di Institusi memberikan jaringan sosial, kepada Warga Emas untuk berinteraksi sesama rakan sebaya.
Di samping itu, kehidupan di Institusi menggalakkan penuaan aktif kerana aktiviti yang dilaksanakan di dalam Institusi mahupun di luar Institusi. Cara untuk memohon kemasukan ke Rumah Seri Kenangan adalah seperti berikut :
1. Permohonan kemasukan warga emas ke Rumah Seri Kenangan boleh dibuat di mana-mana Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah. Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah akan memproses permohonan menggunakan sistem e-JKM dan dihantar kepada Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri untuk semakan, ulasan dan sokongan.
Selepas itu, permohonan tersebut dikemukakan kepada Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat untuk pertimbangan kelulusan.
Kelulusan kemasukan ke Rumah Seri Kenangan bergantung kepada kekosongan tempat dan syarat-syarat yang ditetapkan. Permohonan akan dimaklumkan sebaik sahaja ada kekosongan.
Syarat Kemasukan Ke Institusi Warga Emas (Rumah Seri Kenangan)
1. Berumur 60 tahun dan ke atas
2. Berupaya mengurus diri sendiri
3. Tidak menghidap penyakit berjangkit
4. Tidak mempunyai tempat tinggal tetap
5. Tiada pendapatan
6. Tidak mempunyai sanak saudara/waris
Walau bagaimanapun, Institusi Kebajikan bagi Warga Emas (Rumah Seri Kenangan) adalah jalan terakhir bagi membantu warga emas yang terabai dan memerlukan perlindungan, mereka yang memerlukan bantuan perlindungan boleh hadir sendiri ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah untuk memohon memasuki Rumah Seri Kenangan.
Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah akan mengadakan siasatan permohonan warga emas berkenaan dan menyediakan laporan lengkap bagi mendapatkan pertimbangan dan kelulusan daripada Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat.
2. Selain daripada itu, terdapat satu lagi kaedah kemasukan ke Rumah Seri Kenangan iaitu melalui perintah mahkamah. Mana-mana pengemis / kutu rayau berumur 60 tahun dan ke atas yang diselamatkan melalui Akta Orang Papa 1977 akan diperintahkan oleh mahkamah untuk dimasukkan ke RSK. Tempoh kemasukan ke RSK adalah selama 3 tahun.
Tarikh Kemaskini : 30/01/2020