Top banner 1

PERKHIDMATAN

TATACARA PERMOHONAN ANAK PELIHARA

PERMOHONAN ANAK PELIHARA

Definisi:
  1. Anak Pelihara
Kanak-Kanak yang telah diperintahkan oleh Mahkamah Bagi Kanak-Kanak untuk pemeliharaan, jagaan dan kawalan oleh ibu bapa peliharaan berdasarkan Seksyen 30 (1)(e) Akta Kanak-Kanak 2001.
 
  1. Ibu Bapa Pelihara
Seseorang atau mana-mana pasangan yang telah ditawarkan anak pelihara oleh Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat. Bertanggungjawab untuk memelihara, menjaga dan mengawal kanak-kanak yang telah ditawarkan.
 
  1. Anak Angkat
Mengikut Seksyen 6(1) Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952 9Akta 253), anak angkat bermaksud: Telah dalam jagaan dan dipelihara serta dididik oleh seseorang atau pasangan sebagai anaknya yang berterusan atau anakmereka secara anak angkat de facto selama 2 tahun sebelum tarikh permohonan.
 
 
Objektif:

Ibubapa Peliharaan
  • Memberi peluang kepada pasangan suami isteri yang tidak mempunyai anak merasai suasana kehidupan berkeluarga mengikut saluran yang betul.
  • Dapat menumpang dan mencurah kasih sayang kepada anak pelihara

Anak Pelihara
  • Memberi peluang kepada kanak-kanak menikmati kehidupan berkeluarga dan mendapat belaian kasih sayang
  • Rangsangan untuk tumbesaran dari aspek fizikal, mental, sosial, emosi dan psikologi
  • Pendidikan holistik yang lebih baik dan sempurna
 

Syarat-syarat Permohonan:
  1. Warganegara Malaysia dan menetap di Malaysia.
  2. Berusia 25 hingga 60 tahun.
  3. Perkahwinan secara sah (5 tahun ke atas)
  4. Bagi Perkahwinan yang kurang dari 5 tahun dan mempunyai komplikasi kesihatan reproduktif atau kesihatan yang menyukarkan proses kehamilan atau perkahwinan yang lewat juga dipertimbangkan permohonannya.
  5. Peluang untuk mendapat anak tipis kerana faktor usia.
  6. Pemohon bujang boleh dipertimbangkan dan perbezaan umur diantara  pemohon dan kanak-kanak mestilah melebihi  21 tahun. Pemohon lelaki bujang dibenarkan mengambil kanak-kanak lelaki sahaja.
  7. Mempunyai pendapatan yang mampu menyara kehidupan keluarga.
  8. Hendaklah sihat dari segi mental dan fizikal.
  9. Bebas dari rekod jenayah.
  10. Keadaan tempat tinggal yang sesuai dan selamat.
  11. Menganut agama yang sama dengan kanak-kanak.
 
Dokumen Yang Diperlukan: 
  1. Gambar ukuran pasport (suami/isteri)
  2. Surat pengesahan dari pegawai perubatan mengenai status kesihatan pemohon (suami/isteri).
  3. Salinan kad pengenalan (suami/isteri).
  4. Salinan sijil nikah/ sijil pendaftaran perkahwinan.
  5. Slip gaji atau pengesahan pendapatan (suami/isteri).
  6. Lain-lain dokumen sokongan, contah : Laporan Pakar Perubatan, surat sokongan lain dan sebagainya.
 
Perkara-Perkara Yang Perlu Dilakukan: 
  1. Sediakan dokumen yang diperlukan.
  2. Permohonan boleh dibuat secara online di laman sesawang Sistem Permohonan Anak Pelihara atau datang sendiri ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/ Jajahan (PKMD/J) di tempat pemohon bermastautin atau tingga
Soalan-soalan lazim berkaitan dengan Anak Pelihara (sila klik di sini)