Top banner 1

PERKHIDMATAN

PENGENALAN

Bahagian Perintah Khidmat Masyarakat menyediakan perkhidmatan pemulihan kepada pesalah yang telah diperintahkan oleh Mahkamah menjalani perintah khidmat masyarakat melalui elemen berikut :-
a) Hukuman (Punishment) - melucutkan masa lapang pesalah dengan memberikan suatu tanggungjawab ke atas mereka;
b) Pemulihan (Rehabilitation) - merangsang tanggungjawab sosial dan menjadikan khidmat masyarakat suatu pengalaman berfaedah kepada pesalah; dan
c) Penginsafan (Reparation) - mewujudkan ruang bagi pesalah membuat pemulihan akhlak dan menawarkan faedah nyata kepada masyarakat.
 
Terdapat tiga (3) kategori pesalah yang dijatuhi hukuman PKM iaitu:-

Pesalah Muda
Pesalah yang berumur 18 tahun ke atas dan di bawah umur 21 tahun yang dijatuhkan hukuman di bawah Subperenggan 293 (1)(e)(i) Akta Kanun Tatacara Jenayah.  Pelaksanaan PKM kepada pesalah muda bermula pada 1 Januari 2008. PKM bagi pesalah ini seperti berikut:-
a) Tidak melebihi jumlah agregat 240 jam;
b) Pada masa dan tempat yang ditentukan oleh mahkamah;
c) Tertakluk kepada apa-apa syarat yang dikenakan oleh mahkamah.
 
Pesalah Dewasa
Pesalah yang dijatuhkan  hukuman di bawah seksyen 31,32, dan 33 Akta Kanak-Kanak Pindaan 2016 iaitu mana-mana orang yang mempunyai pemeliharaan, kawalan, pengemisan dan tinggal tanpa pengawasan bagi kanak-kanak. Pelaksanaan PKM bagi pesalah ini bermula pada 1 Januari 2017.  PKM bagi pesalah ini seperti berikut:-

a)  Dilaksanakan dalam tempoh yang tidak melebihi 6 bulan dari tarikh perintah;
b)  Tidak boleh kurang daripada 36 jam dan tidak melebihi 240 jam agregat;
c)  Tertakluk kepada apa-apa syarat yang dinyatakan oleh mahkamah;
d)  Pelaksanaan PKM berdasarkan model di atas boleh dilaksanakan sama ada;
e)  Di dalam (penjara dan PKM) (penjara+denda dan PKM) atau di luar penjara (denda dan PKM);
f)   Pelanggaran perintah boleh disabitkan hukuman denda tidak melebihi RM10,000.00.
 
Pesalah Kanak-Kanak
Pesalah yang dijatuhkan hukuman di bawah Seksyen 97A Akta Kanak-Kanak Pindaan 2016. Pelaksanaan PKM bagi pesalah ini bermula pada 1 Januari 2017. PKM bagi pesalah ini seperti berikut:-

a)  Hendaklah dilaksanakan dalam tempoh yang tidak melebihi 6 bulan dari tarikh perintah tersebut;
b)  Tidak melebihi 120 jam secara agregat;
c)  Pada bila-bila masa dan tempat tertakluk kepada apa-apa syarat yang dinyatakan oleh Mahkamah Bagi Kanak-Kanak;
d)  Pelanggaran perintah boleh dikenan hukuman denda tidak melebihi RM5,000.00.
 
Tarikh Kemaskini : 12/06/2019