Top banner 1

Kalendar Undian & Kaji Selidik (e - Participant)

POLISI E-PENYERTAAN

Dasar e-Penyertaan ini bertujuan untuk memulakan budaya dan amalan e-penyertaan demi meningkatkan ketelusan dan penyertaan awam dalam mempertingkatkan mutu perkhidmatan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). JKM sentiasa mengiktiraf penglibatan awam bagi membolehkan Jabatan untuk meneroka perspektif yang lebih luas, sumber maklumat, dan penyelesaian yang berpotensi untuk meningkatkan keputusan dan perkhidmatan. Ia juga menyediakan asas bagi hubungan produktif, dialog dan perbincangan yang lebih baik, dan tadbir urus yang teratur.




No
Status
Tajuk
Tarikh Aktiviti
Tiada keputusan dijumpai

Paparan 1 - 10 daripada 18 keputusan.
No
Status
Tajuk
Tarikh Aktiviti
1Buka  Adakah perlu untuk mempertimbangkan pemberian elaun khas kepada pegawai JKM yang telah berkhidmat menjaga serta melindungi kumpulan sasar yang memerlukan serta membantu dalam pelbagai isu dan konflik dalam masyarakat?  01/12/2019 - 31/12/2019 
2Tutup  Adakah anda setuju mengenai penyataan kepentingan akauntabiliti dalam perkhidmatan awam merupakan satu nilai yang penting dan kekurangan nilai ini akan menyebabkan berlakunya penyelewengan serta penyalahgunaan kuasa di kalangan kakitangan awam?  01/11/2019 - 30/11/2019 
3Tutup  Bagaimana hukuman Perintah Khidmat Masyarakat ini dilihat dapat memberikan peluang kedua kepada Pesalah Muda?  01/10/2019 - 31/10/2019 
4Tutup  2. Adakah anda setuju hukuman Perintah Khidmat Masyarakat digunakan sebagai hukuman alternatif kepada hukuman penjara bagi kesalahan pertama dan jenis yang ringan?  01/09/2019 - 30/09/2019 
5Tutup  Apakah yang anda faham dengan maksud Perintah Khidmat Masyarakat?  09/08/2019 - 31/08/2019 
6Tutup  Pada pandangan anda, perlukah kerajaan memperkenalkan program berkonsepkan tabungan/skim simpanan untuk rakyat Malaysia bagi meningkatkan keselesaan kehidupan selepas bersara/menjadi warga emas.  01/07/2019 - 31/07/2019 
7Tutup  Di usia tua kelak, kita akan menjadi sensitif dalam pelbagai aspek kehidupan dan sentiasa rasa perlu disantuni setiap masa. Apabila tua nanti, anda lebih selesa/bersedia untuk:  01/06/2019 - 31/07/2019 
8Tutup  Malaysia dijangka menjadi sebuah negara tua pada tahun 2030 apabila bilangan penduduk warga emas mencapai 15% daripada keseluruhan penduduk Malaysia. Pada pandangan anda, apakah persediaan utama anda untuk persediaan persaraan/menjelang hari tua :  13/05/2019 - 31/05/2019 
9Tutup  Mengikut Akta OKU 2008, pendaftaran OKU adalah secara sukarela. Adakah perlu pendaftaran OKU diwajibkan dan dikenakan penalti sekiranya OKU gagal berdaftar?  23/04/2019 - 30/04/2019 
10Tutup  Adakah perlu diwujudkan suatu perundangan berkaitan perintah kanak-kanak perlu berada di rumah sebelum jam 12 tengah malam?  10/04/2019 - 22/04/2019