Top banner 1

SUARA ANDA

Paparan 1 - 10 daripada 19 keputusan.
Zed RahimH
Jika saya ingin mengambil anak angkat, perlukah saya pergi ke JKM?

Suka untuk saya menjelaskan di sini berkenaan proses mengambil anak angkat dan juga dan juga maksud istilah anak pelihara di bawah pemahaman JKM. Pengangkatan (mengambil anak angkat) adalah satu proses mendaftarkan seorang kanak-kanak ke dalam jagaan ibu bapa angkat selepas dijaga selama dua tahun dengan diselia dan diperakukan oleh Pegawai Kebajikan Masyarakat. Kanak-kanak tersebut sama ada diserahkan oleh keluarga kandung kanak-kanak itu sendiri kepada keluarga angkat ataupun yang ditawarkan oleh dari Institusi Kanak-kanak JKM (sebagai anak pelihara). Pada pemahaman JKM juga, ini adalah satu proses di bawah bidang kuasa Jabatan Pendaftaran Negara. Pegawai Kebajikan Masyarakat memainkan peranan sebagai Guardian ad Litem dalam proses itu sepertimana diperlukan oleh undang-undang di bawah Akta Pengangkatan 1952 dan Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952. Ini adalah istilah anak angkat (adoption) yang difahami.

JKM ada menawarkan kanak-kanak di dalam jagaan di institusi untuk dipelihara. Istilah di sini adalah anak pelihara (fostering). Ini adalah usaha Untuk memberi peluang kepada pasangan suami isteri yang tidak mempunyai anak merasai suasana kehidupan berkeluarga mengikut saluran yang betul serta dapat menumpang dan mencurah kasih sayang kepada anak pelihara. Manakala bagi anak kanak-kanak pula, usaha ini bertujuan memberi peluang kepada mereka menikmati kehidupan berkeluarga dan mendapat belaian kasih sayang , serta peluang menikmati suasana pendidikan holistik yang lebih baik dan sempurna.

Permohonan untuk anak pelihara ini adalah di bawah kendalian Jabatan Kebajikan Masyarakat. Selepas tempoh dua tahun itu, permohonan anak angkat bagi anak pelihara tersebut boleh dibuat kepada Jabatan Pendaftaran Negara.

Sekiranya tuan/puan berminat untuk memohon anak pelihara yang ditempatkan di institusi kanak-kanak, tuan/puan bolehlah terus berhubung dengan Pegawai Kebajikan Masyrakat berhampiran untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci serta membuat permohonan terus di sana.

Tuan juga boleh mendapatkan maklumat lanjut berkenaan anak pelihara, syarat-syarat permohonan, dokumen yang diperlukan, serta alamat lengkap semua Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah seluruh Malaysia dengan melayari laman web www.jkm.gov.my
 
Ashraf
Wujudnya ramai peminta sedekah tumpuan pd masjid2 dan kedai makan... COD BAYAN BARU ,penang
Terima Kasih di atas kiriman email yang dikemukakan kepada Kementerian Pembangunan Wanita,Keluarga dan Masyarakat. Pihak KPWKM amat mengambil berat setiap aduan yang diterima.

Mohon pihak tuan untuk memberikan maklumat lebih terperinci lokasi yang dimaksudkan tersebut untuk JKM Pulau Pinang mengambil tindakan selanjutnya.
 
Zaiqhul Izwan&
salam sejahtera..mohon btanya bgmana mahu memohon bantuan pekerja miskin bandar??sy salah seorang tersenarai d dlm ekasih harap dapt mberi penjelasn dan info lanjut...terima kasih
Terima Kasih di atas kiriman email yang dikemukakan kepada Kementerian Pembangunan Wanita,Keluarga dan Masyarakat. PERMOHONAN BANTUAN KEWANGAN

JKM mempunyai beberapa skim bantuan kewangan kepada & kumpulan sasar Jabatan seperti keluarga miskin, warga emas, Orang Kurang Upaya (OKU), ibu tunggal dan kanak-kanak yang berkeperluan tetapi tidak berkemampuan. Namun demikian, semua permohonan yang dibuat perlu memenuhi syarat asas kelayakan seperti berikut:

1.Warganegara Malaysia dan bermastautin di Malaysia
2.Pendapatan keluarga di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa iaitu RM720 di Semenanjung, RM830 di Sarawak dan RM960 di Sabah
3.Golongan yang memerlukan.

(Faktor-faktor lain yang diambilkira semasa siasatan dijalankan ke atas setiap permohonan juga mengambilkira bilangan tanggungan dalam keluarga, keadaan rumah kediaman, umur penjaga atau ketua keluarga, tahap kecacatan dan keuzuran pemohon serta lain-lain aspek dalam keluarga).

Bagi mengemukakan permohonan, saudari boleh hadir sendiri ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) berhampiran tempat tinggal saudari. Sekiranya saudari menghadapi kesukaran untuk hadir ke pejabat, permohonan boleh dibuat menerusi surat, telefon ataupun email ke PKMD berdekatan. Alamat lengkap berkenaan jenis bantuan, kriteria serta alamat lengkap semua PKMD boleh saudari perolehi dengan melayari laman web JKM di www.jkm.gov.my
 
Nur Ain
1. Apakah bantuan yang boleh diperolehi untuk wanita yang berstatus janda dan mempunyai masalah Kewangan walaupun mempunyai pekerjaan yang tetap. 2. Dimanakah bantuan tersebut boleh diperolehi? Mohon bantuan dengan segera.
Jabatan Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, telah mengenal pasti pelbagai kursus kemahiran untuk dimasukan dalam Program Inkubator Ibu Tunggal (I-Kit).

Antara kursus tersebut jahitan pakaian kurung dan kanak-kanak, bengkel perbidanan dan penjagaan ibu bersalin , kursus jahitan busana muslimah dan tudung.

Kursus lain ditawarkan di bawah program itu ialah bengkel pembuatan kek, pastri dan kuih tradisional.
Kesemua program berkenaan diperkenalkan bagi membantu golongan ibu tunggal dan suri rumah mendapatkan kemahiran sekali gus mengusahakan perniagaan sendiri.

Untuk keterangan lanjut, puan boleh menghubungi Jabatan Pembangunan Wanita di talian:

UMADEVI A/P KURIAS Penolong Pengarah 03-83231591
 
Ng Min Zong
Salam sejatera, bolehkah saya dapatkan statistik berkenaan dengan penderaan kanak-kanak bagi tahun 2015 ataupun yang terkini untuk penggunaan pendidikan. 
Sekian terima kasih.
Statistik penderaan kanak-kanak boleh didapati dengan menghubungi Polis DiRaja Malaysia (PDRM) memandangkan statistik yang JKM perolehi juga melalui PDRM. Pihak tuan puan boleh menghubungi 03 - 2266 2222
 
Lee Chung Ching
Fews year ago, i have claim the insurance for my grandmother, until now my mother still not yet receive any feedback from jkm. I have try call to jkm, they past the phone to one by one at the last no answer. We already asking the insurance agent, they said they already past the cheque to jkm. Hope jkm can take it serious. Thank you.
Adalah dimaklumkan, insurans 1Azam adalah dibawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Oleh yang demikian, dipohon agar pihak tuan/puan dapat menghubungi Bahagian NKRA Kementerian yang menguruskan 1 Azam di talian 03-83231707 / 83231706.
 
Mohd Ikhwan
Sy ada pertanyaan. Adakah terdapat dalam peraturan JKM menyatakan bahawa jika kanak-kanak tidak hadir/ dihantar ke Taska untuk satu tempoh lama tertentu (Contoh: Sebulan/3 bulan - Dijaga oleh saudara/ibu yg bercuti dalam tempoh bersalin), pihak ibubapa dikehendaki membayar separuh harga dari yuran taska. Alasan diberikan adalah kanak-kanak ini berdaftar dan kadar bayaran separuh harga adalah tertakluk pada peraturan Taska Berdaftar. 

Berdasarkan kepada maklumat yang diterima dari pihak lain, tiada bayaran sepatutnya dikenakan jika Pihak Taska dimaklumkan dan kanak-kanak tidak dihantar dalam tempoh tersebut. 

Diharap pihak Tuan/Puan dapat memberi pencerahan keatas pertanyaan ini. 
Pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat melalui Akta Taman Asuhan Kanak-kanak1984 (Akta 308) menjelaskan bahawa bidang kuasa JKM adalah meliputi hal-hal berkaitan pendaftaran, pembatalan pendaftaran, pemeriksaan dan penguatkuasaan untuk memastikan semua TASKA berdaftar dapat memberikan perkhidmatan berkualiti kepada kanak-kanak yang berdaftar di TASKA tersebut. 

Hal-hal yang berkaitan dengan pentadbiran TASKA seperti yuran, cuti, arahan pentadbiran dan sebagainya adalah ditentukan oleh pengusaha sendiri tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak termasuk pihak JKM. 
 
Noor Fatihah
Assalamualaikum..saya ingin bertanya berkenaan: 

1.Adakah Jabatan Pembangunan Orang Kurang Upaya (JPOKU) masih wujud? 

2.Adakah program Supported Employment (SE)di bawah JPOKU telah ditamatkan?Jika telah ditamatkan, bilakah tarikh rasmi program ini ditamatkan? 
Untuk makluman tuan / puan, Jabatan Pembangunan Orang Kurang Upaya (JPOKU) masih wujud sehingga kini. Namun begitu, Program Supported Employment (SE) telah di rangkumkan ke dalam program JOB Coach. Sebarang pertanyaan lanjut mengenai program Job Coach, tuan/puan boleh menghubungi talian 03-8323 2488 atau 03-8323 2487
 
Disulitkan
Tuan/Puan, 
Saya tahu jika ada mana mana rumah anak anak yatim piatu di sekitar Kajang, atau sekitarnya yang diperbuat daripada rumah papan and tiada sumbangan yang diperlukan. 
Pernah sekali saya terjumpa gampar anak yatim and tempat tinggal yang sangat miskin and dalam keadaan yang memerlukan pertolongan. Harap jika ada alamat atau nombor yang saya boleh hubungi?
Senarai rumah anak yatim piatu boleh didapati dengan mengunjungi atau menghubungi Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) atau pun Pusat Zakat yang berhampiran. Senarai PKMD dan Pusat Zakat boleh didapati dengan melayari www.jkm.gov.my atau www.zakat.com.my
 
Anita zafina
mohon emel borang PAWE untuk ibu saya hadiri aktiviti di PAWE. Emel saya : anitazafina@gmail.com
Untuk makluman tuan / puan, pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat tidak mempunyai borang khusus untuk pendaftaran ahli PAWE. Pendaftaran ahli boleh dibuat dengan mengunjungi PAWE yang terdekat dengan kediaman dan terus mendaftar sebagai ahli sekaligus boleh mengikuti segala aktiviti yang telah disediakan oleh PAWE.