Top banner 1

SUARA ANDA

Paparan 11 - 19 daripada 19 keputusan.
Hamba Allah yang prihatin
Saya ingin bertanya mengenai TASKA DARUL ILMU CAWANGAN MUTIARA RINI. Adakah JKM diberitahu mengenai taska baru yang menjaga bayi dan kanak-kanak 4 tahun ke bawah??Adakah taska tersebut didaftarkan? Sekiranya didaftarkan, kenapa yang menjaga 10 orang bayi 6 bulan ke bawah hanya 2 orang pengasuh sahaja?Adakah cukup?Saya rasa 2 orang pengasuh tidak mencukupi kerana sepatutnya seorang pengasuh hanya menjaga 3 orang bayi sahaja. Kenapa JKM tidak membuat lawatan secara mengejut di taska2 yang berdaftar?mereka seolah2 membayar JKM untuk membiarkan bayi2 tersebut dijaga oleh 2 pengasuh. Untuk kanak-kanak di bawah 4 tahun juga dijaga oleh 2 pengasuh sedangkan kanak2 tersebut lebih dari 20 orang. Adakah ini adil untuk ibu bapa yang menghantar dan membayar untuk perkhidmatan taska tersebut.
Secara keseluruhannya, TASKA ini menepati syarat dan standard minimum yang ditetapkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat. Beberapa nasihat dan teguran telah dibuat oleh PDBK kepada pengusaha TASKA bagi meningkatkan mutu kualiti taska dan penjagaan kanak-kanak
 
Muhammad Izhar
Assalamualaikum wbt 

Perkara di atas adalah dirujuk dimana kami adalah firma guaman yang beroperasi di Shah Alam iaitu The Chambers of Muhammad Izhar. 

Pihak kami mendapat pertanyaan daripada anakguam kami yang ingin mendapatkan sebarang perintah Mahkamah untuk sama ada menahan atau menyerahkan pesakit mental yang dijaga oleh mereka ke Jabatan Kebajikan Masyarakat. 

Untuk makluman pihak Tuan/Puan, pihak anakguam kami kini menjaga seorang pesakit mental yang mana merupakan ahli saudara mereka. Pihak kami difahamkan bahawa pesakit tersebut telah beberapa kali dihantar ke Jabatan Kebajikan Masyarakat di Selangor namun dihantar semula untuk dijaga oleh anakguam saya serta diserahkan ubat-ubatan untuk penyakit yang dihidapi oleh pesakit tersebut. 

Namun demikian ketika ini anakguam kami mengalami masalah untuk menjaga pesakit tersebut kerana pesakit tersebut seringkali bertindak agresif, walaupun selepas mengambil ubatan yang diberikan. 

Oleh yang demikian anakguam kami ingin memohon supaya pesakit tersebut dihantar terus ke pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk dijaga oleh pihak JKM kerana anakguam saya sudah semakin lanjut usia dan tidak berupaya untuk menjaga pesakit tersebut.


Saya ingin bertanya mengenai TASKA DARUL ILMU CAWANGAN MUTIARA RINI. Adakah JKM diberitahu mengenai taska baru yang menjaga bayi dan kanak-kanak 4 tahun ke bawah??Adakah taska tersebut didaftarkan? Sekiranya didaftarkan, kenapa yang menjaga 10 orang bayi 6 bulan ke bawah hanya 2 orang pengasuh sahaja?Adakah cukup?Saya rasa 2 orang pengasuh tidak mencukupi kerana sepatutnya seorang pengasuh hanya menjaga 3 orang bayi sahaja. Kenapa JKM tidak membuat lawatan secara mengejut di taska2 yang berdaftar?mereka seolah2 membayar JKM untuk membiarkan bayi2 tersebut dijaga oleh 2 pengasuh. Untuk kanak-kanak di bawah 4 tahun juga dijaga oleh 2 pengasuh sedangkan kanak2 tersebut lebih dari 20 orang. Adakah ini adil untuk ibu bapa yang menghantar dan membayar untuk perkhidmatan taska tersebut.

 
Untuk makluman tuan / puan, Pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat mempunyai prosedur bagi penghantaran pesakit mental memandangkan pesakit mental adalah dibawah seliaan Kementerian Kesihatan Malaysia atau Jabatan Kesihatan Negeri/Daerah dan Jabatan Kebajikan Masyarakat hanya menyelia klien-klien jabatan yang merupakan pemegang Kad OKU dan bukan dikategorikan sebagai pesakit mental. 

Namun begitu, dipohon agar pihak tuan/puan dapat memberikan kepada kami nama Jabatan Kebajikan Masyarakat di Selangor yang manakah pesakit mental tersebut dihantar sebelum ini agar pihak kami dapat menyemak perihal sebenar permasalahan ini.
 
Saifulreduan Bin Ahmad
Saya telah menerima emel daripada bahagian pengurusan bahawa permohonan pendaftaran saya sebagai kaunselor telah gagal dan ditolak. Saya cuba untuk mengemaskini maklumat yang telah saya isi di dalam talian namun tidak berjaya. Namun, saya telah memeriksa permohonan saya tersebut dalam proses pengesahan. Jadi, adakah permohonan saya tersebut telah ditolak sepenuhnya atau masih dalam proses pengesahan. Jika telah ditolak, adakah cara lain untuk saya memohon semula?
bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai perkara ini, pihak tuan/puan boleh menghubungi UNIT URUS SETIA LEMBAGA KAUNSELOR di talian 03-83232453.
 
Mohammad Aliff Faizul
Saya, Mohammad Aliff Faizul Bin Ahmad bernombor kad pengenalan 891031085273 ingin memaklumkan bahawa nombor kad pengenalan saya telah digunakan di atas nama individu Mohamad Rohizwan Bin Mat Yasop yang beralamat di Kerian, Perak. Melalui semakan yang dilakukan, saudara Rohizwan adalah penerima bantuan bagi program ini. Untuk makluman juga, saya tidak pernah mendaftar atau memberi apa-apa maklumat peribadi bagi tujuan pendaftaran untuk program ini dan sebagainya.
Untuk makluman tuan / puan, pemohonan E-kasih adalah diuruskan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri. Oleh yang demikian, pihak tuan/puan boleh menghubungi e-kasih ditalian 03-8000 8000 atau melayari http://ekasih.icu
 
Disulitkan
Saya merupakan penduduk di Sg Merab di mana kebanyakan masa, saya akan membeli barangan keperluan di kipmall bangi (dahulu dikenali sebagai warta). Amat membingungkan saya kerana di sana, terdapat kaunter kecil di pintu masuk pasaraya (B1 dan pintu masuk utama) yg bertujuan mengutip derma bagi penubuhan pusat tahfiz (kalau tak silap sy). Untuk maklumat pihak tuan, kutipan tersebut telah berlansung selama lebih kurang 10 tahun (dari zaman saya sekolah dan kini saya telah berusia 25 tahun). Perkara ini amat membingungkan saya dan saya percaya, begitu juga penduduk di sekitar bandar baru bangi. Saya pernah melihat suatu masa dulu, terdapat notis mengatakan boleh mendapatkan perlepasan cukai (approved donation), oleh itu, saya ingin mendapatkan maklum balas adakah penubuhan itu benar2 wujud dan adakah benar institusi itu telah mendapat pengesahan dan berdaftar dengan kementerian? Selain itu, saya juga dapat lihat banyak lagi kutipan derma yang dilakukan pihak2 lain seperti kutipan derma palestin dan sebagainya. Tk
Pusat Tahfiz bukan di bawah bidang kuasa JKM. Telah menghubungi Puan Norazirah (Pengadu) pada 19/10/2016 dan 24/10/2016 namun tidak diangkat (untuk memaklumkan pengadu perlu berhubung dengan pihak JAIS sendiri. Bahagian Penguatkuasaan PKMD Hulu Langat telah memaklumkan aduan ini kepada Unit Penguatkuasaan JAIS pada 24/10/2016.
 
Disulitkan
Penerima bantuan kewangan kategori OKU dari Jabatan Kebajikan Masyarakat yang diberi setiap bulan sering terlewat pembayaran sehinggakan terjadinya tunggakan dua bulan yang sepatutnya menjanjikan pembayaran setiap awal bulan ke dalam akaun penerima OKU tetapi berlaku sebaliknya tiada pembayaran kewangan sehingga pertengahan bulan contohnya bulan oktober masih belum menerima pembayaran.
Untuk makluman tuan / puan, JKM mengalami sedikit kelewatan bagi pembayaran wang bantuan untuk bulan September dan Oktober atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Namun begitu, wang bantuan tuan/puan akan disalurkan selewat-lewatnya pada akhir Oktober ini.  
 
Disulitkan
Saya mendapati terlalu ramai gelandangan di Terminal Bersepadu Selatan, Bandar Tasik Selatan dan saya rasa tidak selamat untuk menaiki bas di waktu malam. Saya melihat orang yang sama ketika beberapa kali saya menaiki bas waktu malam di sana. Ada yang tidur di tangga dan mandi di tandas.
Pihak jabatan akan menjalankan operasi bersepadu bersama-sama agensi penguatkuasa yang berkenaan bagi menyelesaikan masalah gelandangan ini dalam masa yang terdekat bersama-sama pihak TBS.
 
 
Disulitkan
Suami mabuk pukul anak dan isteri di rumah beralamat 
taman intan kapar.setiap hari isteri dan anak-anak kena pukul minta duit untuk mabuk.pada hari 18/10/2016 malam pukul 9 suami pecahkan pintu bercermin menyebabkan anak saya berumur 2 tahun terluka di muka dan anak saya berumur 8 tahun cedera di kepala. kami sudah beberapa kali buat aduan polis di kapar tapi tak 
ada tindakan dari pihak berkuasa. saya takut suami saya akan cederakan kami lagi. minta tolong.
Pegawai telah nasihatkan mangsa untuk membuat pemeriksaan kesihatan lanjutan dan membuat laporan susulan, mohon IPO di mana-mana balai polis berdekatan.
 
Mohd Asrul Hazdlyzan
Saya mempunyai sedikit pertanyaan berkaitan tentang adik saya.Untuk maklumat Tuan/Puan adik saya mempunyai masalah pembelajaran sejak dari kecil.terpanggil dengan kisah atlit Paralimpik yang baru ini memenangi pingat emas di sukan paralimpik (mempunyai masalah pembelajaran) saya terpanggil ingin mengetahui sama ada saya mampu membantu adik saya untuk mendapat apa-apa bantuan dari segi apa sahaja yang boleh buat beliau.untuk pengetahuan pihak Tuan/Puan adik saya sudah berusia 25tahun.Saya dan keluarga tidak pernah mengatahui akan adanya ketegori orang kurang upaya (dari segi masalah pembelajaran).Adik saya sehingga kini masih tidak bekerja secara tetap kerana masalahnya.Apakah yang saya mampu buat untuk membantunya?untuk mendapat pegesahan yang beliau adalah golongan (masalah pembelajaran),adakah masih belum terlambat? 
Untuk makluman tuan / puan, OKU Masalah Pembelajaran boleh dikategorikan sebagai masalah  kecerdasan   otak  yang tidak selaras dengan usia biologikal. Mereka yang tergolong dalam kategori ini adalah lewat perkembangan global, Sindrom Down,  dan kurang upaya intelektual. Kategori ini juga merangkumi keadaan yang menjejaskan kemampuan pembelajaran individu seperti Autisme (Autistic Spectrum Disorder), Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD) dan masalah pembelajaran spesifik seperti (Dyslexia, Dyscalculia dan Dysgraphia).

4.  Syarat-syarat untuk melakukan pendaftaran OKU adalah :-

?>  Orang Kurang Upaya warganegara Malaysia
?>  Telah disahkan / diperakui oleh Pegawai Perubatan Hospital
?>  Menggunakan borang yang betul
?>  Pendaftaran dijalankan di Pejabat Daerah / Jajahan / Negeri OKU bermastautin

Tuan/puan boleh pergi terus ke Pejabat Kebajikan Daerah yang berhampiran untuk mendaftar dan mendapatkan maklumat berkenaan faedah dan keistimewaan OKu yang berdaftar dengan JKM. Alamat lengkap serta maklumat berkenaan OKU boleh diperolehi dengan melayari laman web www.jkm.gov.my. Bersama-sama ini juga turut dilampirkan borang permohonan OKU yang boleh diisi oleh pihak tuan/puan dan borang yang lengkap boleh dihantar ke PKMD yang terdekat.

Pegawai telah nasihatkan mangsa untuk membuat pemeriksaan kesihatan lanjutan dan membuat laporan susulan, mohon IPO di mana-mana balai polis berdekatan.