Perutusan Pengarah
Assalamualaikum w.b.t., Salam Sejahtera, Salam Malaysia Madani dan Salam Pahang 1st
Selamat datang ke portal rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri (JKMN) Pahang.
Kewujudan portal ini adalah sebagai platform perkongsian maklumat mengenai peranan dan fungsi JKMN Pahang kepada masyarakat umum yang menjadi asas kepada kesejahteraan sosial. Seiring dengan arus pemodenan dan era pendigitalan pada masa kini, maklumat melalui portal ini seharusnya dikongsi bersama dengan masyarakat yang pastinya inginkan capaian maklumat yang diperlukan dengan lebih cepat dan efisien. Selain itu, portal ini juga merupakan platform untuk interaksi yang lebih baik antara jabatan dan masyarakat bagi tujuan penyebaran informasi terkini.
Adalah diharapkan melalui portal ini akan menjadi sumber rujukan yang bermanfaat untuk diakses oleh semua masyarakat dengan lebih mudah dan tepat. Portal ini juga akan menjadi saluran alternatif perhubungan kepada semua masyarakat walaupun di mana berada untuk membuat capaian kepada maklumat yang disediakan mengikut keperluan masing-masing.
Akhir kata, semoga portal ini menjadi satu langkah proaktif dalam usaha kami untuk meningkatkan lagi kecekapan perkhidmatan dan memudahkan penyampaian maklumat kepada masyarakat serta warga JKM sendiri. Marilah kita bersama-sama memanfaatkan kemudahan teknologi ini untuk memperkukuh lagi kualiti perkhidmatan dalam meningkatkan kesejahteraan masyarakat.
Sekian, terima kasih.
[Khairul Amri bin Ahmad, AAP.,]
Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri
Pahang Darul Makmur