Pengumuman

Perutusan Pengarah

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh dan Salam Sejahtera serta Salam 1Kebajikan,

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada tuan/puan yang melayari laman web Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sarawak ini, yang merupakan salah satu inisiatif terpenting untuk kami menyampaikan maklumat kepada orang ramai mengenai perkhidmatan jabatan ini.    

Jabatan Kebajikan Masyarakat mempunyai tanggungjawab dalam membantu meningkatkan taraf sosioekonomi golongan bekeperluan melalui perkhidmatan profesional.
Disamping itu penyertaan semua peringkat dan golongan masyarakat dalam bersama-sama membantu golongan bekeperluan juga sangatlah dialu-alukan selaras dengan slogan "PENGINSANAN PERKHIDMATAN KEBAJIKAN"
Tuan/puan juga digalakkan untuk memberikan cadangan atau idea-idea baru agar dapat meningkatkan lagi mutu perkhidmatan jabatan ini kepada golongan sasar seperti kanak-kanak, remaja, orang kurang upaya, warga tua, keluarga dan komuniti.

Sekian, selamat melayari Laman Web Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sarawak.

Tuan Haji Abang Shamshudin Bin Abang Seruji
Pengarah
Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sarawak