Pengumuman

BANTUAN: Permohonan Bantuan JKM18 / JKM 20

Cara Permohonan:

Pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara. Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon. Urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.
Untuk memudahkan urusan pentadbiran, pemohon diminta membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian seperti salinan Kad Pengenalan diri pemohon, salinan Kad Pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama, salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama, salinan penyata gaji (jika ada), dan lain-lain dokumen yang berkaitan.

Permohonan Kali Pertama: BORANG PERMOHONAN BANTUAN : JKM 18 (MUAT TURUN BORANG)
BORANG KEMASKINI MAKLUMAT /KAJI SEMULA : JKM 20 (MUAT TURUN BORANG)

SILA BAWA DOKUMEN TERSEBUT SEMASA HADIR KE PEJABAT:
1.Salinan MyKad/ Kad Pengenalan Pemohon;
2.Salinan MyKad /Kad Pengenalan ahli keluarga yang tinggal bersama;
3.Salinan Kad OKU/ slip pendaftaran sementara OKU;(Jika Kategori OKU)
4.Salinan penyata pendapatan /surat akuan pendapatan;(jika bekerja sendiri)
5.Salah satu Bil Utiliti (air/elektik/telefon/astro)
6.Laporan pegawai perubatan dari hospital/klinik kesihatan kerajaan/swasta (bagi kes OKU tidak bekerja/ terlantar/kronik/alat tiruan)