Pengumuman

Perkhidmatan Kawalan Keselamatan (Tanpa Senjata Api) Di Taman Seri Putri Batu Gajah

JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT
KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT
 
KENYATAAN TAWARAN
 
Tawaran adalah dipelawa daripada syarikat-syarikat tempatan yang berdaftar dengan KEMENTERIAN KEWANGAN yang masih sah tempohnya di bawah Kod Bidang : 220801 (Kawalan Keselamatan) bagi menyertai sebut harga berikut:
 
NO. SEBUT HARGA           :           TSPBG:SH/01/2017
 
TAJUK SEBUT HARGA       :           Perkhidmatan Kawalan Keselamatan (Tanpa Senjata Api Di Taman Seri Putri Batu Gajah (TSPBG) – Jabatan Kebajikan    
                                                     Masyarakat Negeri Perak
Bagi Tempoh Dua (2) Tahun
 
TARIKH BUKA                     :           14 Februari 2017 (Selasa)
 
TARIKH TUTUP                   :           27 Februari 2017 (Isnin)
 
2.         Dokumen Sebut Harga boleh diperoleh mulai 14 Februari  2017 di Laman Web Perolehan http://home.eperolehan.gov.my. Syarat wajib hadir ke taklimat yang akan diadakan seperti ketetapan berikut :
 
                        Tarikh                                    :           20 Februari 2017 (Isnin)
                        Masa Pendaftaran                 :           10.00 pagi – 10.30 pagi
                        Masa Taklimat                       :           10.30 pagi
                        Tempat                                  :           Taman Seri Putri
                                                                                  (Jabatan Kebajikan Masyarakat)
                                                                                  Batu 1, Jalan Pusing
                                                                                  31000 Batu Gajah, Perak
 
3.         Mensyaratkan bahawa syarikat tidak boleh mewakilkan pegawai selain daripada penama dalam Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat, Kementerian Kewangan. Hanya penama di dalam Sijil Kewangan sahaja di ambil kira untuk pendaftaran taklimat. Pembekal dikehendaki membawa cop syarikat, kad pengenalan dan satu salinan Sijil Kewangan semasa sesi taklimat.
 
4.         Syarikat mestilah berdaftar dengan ePerolehan dan eP-enabled. Syarikat perlu  mengunci masuk cadangan tawaran teknikal serta cadangan tawaran harga ke         dalam sistem ePerolehan. (Tawaran yang tidak dihantar melalui Sistem tidak akan diperakukan).
 
5.         Dokumen Sebut Harga yang telah lengkap diisi perlu dihantar secara manual dan dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga di Unit Pentadbiran, Taman Seri Putri Batu Gajah sebelum jam 12.00 tengah hari pada 27 Februari 2017 (Isnin). Tawaran yang lewat tidak akan diterima.