Pembekalan Dan Pengiriman Catuan Makanan Mentah Basah Dan Kering Ke Taman Seri Putri Batu Gajah
JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT
KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT
KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT
KENYATAAN TAWARAN
Tawaran adalah dipelawa daripada syarikat-syarikat tempatan yang berdaftar dengan KEMENTERIAN KEWANGAN yang masih sah tempohnya di bawah Kod Bidang : 040101 (Makanan Mentah Basah dan Kering) dan 040102 (Makanan dan Minuman) bagi menyertai tender berikut:
NO. TENDER : TSPBG/T/02/2017
TAJUK TENDER : Pembekalan Dan Pengiriman Catuan Makanan Mentah Basah Dan Kering Ke Taman Seri Putri Batu Gajah (TSPBG), Perak
Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Perak Bagi Tempoh Dua (2) Tahun
TARIKH BUKA : 8 Februari 2017 (Rabu)
TARIKH TUTUP : 09 Mac 2017 (Khamis)
2. Dokumen Tender boleh diperoleh mulai 8 Februari 2017 di Laman Web Perolehan http://home.eperolehan.gov.my. Syarat wajib hadir ke taklimat yang akan diadakan seperti ketetapan berikut :
Tarikh : 16 Februari 2017 (Khamis)
Masa Pendaftaran : 10.00 pagi – 10.30 pagi
Masa Taklimat : 10.30 pagi
Tempat : Taman Seri Putri
(Jabatan Kebajikan Masyarakat)
Batu 1, Jalan Pusing
31000 Batu Gajah, Perak
3. Mensyaratkan bahawa syarikat tidak boleh mewakilkan pegawai selain daripadapenama dalam Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat, Kementerian Kewangan. Hanya penama di dalam Sijil Kewangan sahaja di ambil kira untuk pendaftaran taklimat. Pembekal dikehendaki membawa cop syarikat, kad pengenalan dan satu salinan Sijil Kewangan semasa sesi taklimat.
4. Syarikat mestilah berdaftar dengan ePerolehan dan eP-enabled. Syarikat perlu mengunci masuk cadangan tawaran teknikal serta cadangan tawaran harga ke dalam sistem ePerolehan. (Tawaran yang tidak dihantar melalui Sistem tidak akan diperakukan).
5. Dokumen Tender yang telah lengkap diisi perlu dihantar secara manual dan dimasukkan ke dalam Peti Tender di Unit Pentadbiran, Taman Seri Putri Batu Gajah sebelum jam 12.00 tengah hari pada 09 Mac 2017 (Khamis). Tawaran yang lewat tidak akan diterima.