Pengumuman

MAKLUMAT TASKA YANG BERDAFTAR DI BAWAH JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, 

Tuan/Puan, 

MAKLUMAT TASKA YANG BERDAFTAR DI BAWAH JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT

Untuk makluman tuan/puan, Jabatan ini dalam usaha membuat permohonan peruntukan tambahan daripada Kementerian Kewangan bagi meringankan beban pihak Pengusaha TASKA yang terkesan secara langsung sepanjang tempoh PKP. 

Sehubungan dengan itu, dimohon kerjasama tuan/ puan untuk mengemukakan maklumat secara hardcopy seperti di Senarai Semak Pemberian Bantuan Khas TASKA Bagi Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Tahun 2020 (Lampiran 1 ) kepada Pegawai Diberikuasa TASKA Daerah masing-masing * selewat-lewatnya sebelum atau pada 3 Jun 2020. 

Klik untuk muat turun lampiran

Sekian, terima kasih

JKMN Selangor