Pengumuman

PENGOPERASIAN TAMAN ASUHAN KANAK-KANAK (TASKA) SEMASA PERLAKSANAAN TOTAL LOCKDOWN DALAM TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP)

Kenyataan media Pejabat Perdana Menteri pada 28 Mei 2021 telah memutuskan untuk melaksanakan penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi ataupun   “total lockdown”  fasa pertama di seluruh negara bagi tempoh 14 hari bermula 1 hingga 14 Jun 2021.
Susulan daripada itu, siaran media oleh Menteri Kanan Pertahanan, YB Datuk Sri Ismail Sabri bin Yaakob pada 30 Mei 2021 telah memutuskan bahawa TASKA TIDAK DIBENARKAN BEROPERASI kecuali untuk menjaga anak kepada petugas barisan hadapan atau ibu bapa/ penjaga yang kedua-duanya perlu hadir bertugas di tempat kerja/pejabat dan tiada giliran bekerja dari rumah.
Bagi memastikan TASKA yang berdaftar di bawah Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984 adalah sentiasa beroperasi dengan mematuhi Akta TASKA 1984, Peraturan TASKA 2012 dan SOP yang ditetapkan, pemakluman pengoperasian TASKA hendaklah dikemukakan melalui emel oleh pengusaha TASKA dengan menggunakan Borang 1Borang Pemakluman Pengoperasian TASKA Berdaftar  Dalam Tempoh Kawalan Pergerakan kepada Pegawai Diberikuasa TASKA (PDBK) di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Cawangan berserta dengan perkara seperti berikut :
i.        Perakuan TASKA hendaklah sah tempoh pendaftaran;
ii.       Senarai pekerja dan senarai kanak-kanak yang hadir ke TASKA perlu dilampirkan dalam Borang 1; 
iii.      Dokumen pengesahan pekerjaan ibu bapa/penjaga berkuatkuasa 1 Jun 2021 hendaklah dilampirkan dan disimpan di TASKA untuk tujuan pemeriksaan dari semasa ke semasa dan
iv.      Beroperasi setelah membuat pemakluman lengkap menggunakan Borang 1 kepada Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah /Cawangan.
Arahan ini adalah selaras dengan SOP Perintah Kawalan Pergerakan yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Akta 342). Sehubungan dengan itu, arahan ini adalah terbatal sekiranya terdapat arahan terkini daripada mana-mana pihak berkuasa berhubung perkara ini.
JKMN Selangor

PROSEDUR PEMAKLUMAN PENGOPERASIAN TASKA DALAM TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN DAN KEBENARAN MERENTAS NEGERI/DAERAH
 
1. Pengusaha TASKA melengkapkan BORANG 1 berserta lampiran
 
2. Email kepada Pegawai Diberikuasa TASKA Daerah/Cawangan untuk pengesahan
 
3.Bagi permohonan kebenaran merentas daerah/negeri, pengusaha taska perlu membuat permohonan melalui  https://notification.miti.gov.my/login

Manual CIMS 3.0 PENGGUNA TASKA

EMEL PEGAWAI DIBERIKUASA TASKA DAERAH/CAWANGAN
 
1. Hulu Langat -pkmdkltaska@gmail.com
2. Subangjaya  - pupkmd.subangjaya@gmail.com
3. Petaling - mnajib@jkm.gov.my
4. Shah Alam - borhanudin@jkm.gov.my
5. Sepang- taskapkmdsepang@gmail.com
6. Gombak - aein_nazail@yahoo.com
7. Klang - nurzatulhain@yahoo.com
8. Kuala Selangor- masdiyatul2017@gmail.com
9. Sabak bernam- farhanna@jkm.gov.my
10.Hulu Selangor - zulfadli.samsudin@gmail.com
11. Kuala Langat - norliana.jkm@gmail.com