Pengumuman

Majlis Pra-Pelancaran Bulan Kebajikan Negara 2017

Program Pra-Pelancaran Bulan Kebajikan Negara 2017 akan diadakan di Dewan Pa' Musa Beaufort Sabah pada 10 September 2017 bermula jam 10.00 pagi. 

Program bertemakan “Memperkukuh Inklusiviti Ke Arah Kesejahteraan Masyarakat” bagi meraikan warga emas, kanak-kanak dan orang kurang upaya (OKU) dengan kerjasama multisektoral dan kolaborasi strategik semua pihak termasuk agensi kerajaan, agensi swasta, syarikat korporat, badan bukan kerajaan. 

Pelbagai acara disediakan antaranya Sukarelawan Psychological Support Team (PST), Program PRISMA, Konvoi Kemerdekaan, Kempen Sahabat B.I.J.A.K: Safe and Protect untuk kanak-kanak, Kaunter Perkhidmatan Jabatan Kebajikan Masyarakat & pelbagai aktiviti menarik.

Mari hadir beramai-ramai!!

#KebajikanTanggungjawabBersama
#BerkatBerjasa