Pengumuman

Program Dekat di Hati Sukarelawan JKM

Tarikh : 15.2.2020 (Sabtu)
Program Dekat di Hati Sukarelawan JKM di DUN Johol bertempat di rumah Puan Omin binti Maarof merupakan penerima bantuan bulanan JKM. Program gotong royong membersihkan rumah klien oleh Sukarelawan JKM daerah Kuala Pilah, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kepis Hilir, Baitulmal daerah Kuala Pilah serta masyarakat setempat. Turut dihadiri oleh Penyelaras Dun Johol, Pegawai dan kakitangan Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Kuala Pilah. Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam memberikan komitmen.