Pengumuman

Program Flag-Off Pelancaran Misi Penghantaran Keperluan Bekalan Bencana Monsun Timur Laut 2021/2022

Program ini adalah simbolik kepada siri misi penghantaran keperluan bekalan bencana ke semua 140 Pangkalan Hadapan di seluruh Pahang .
Ia adalah manifestasi keprihatinan Kerajaan Negeri Pahang melalui perancangan yang teliti, sistematik dan berpandangan jauh terhadap kebajikan mangsa bencana.
Bekalan keperluan ini meliputi 9 item barangan yang dipastikan berkualiti, selamat dan bersih serta disimpan di Pangkalan Hadapan yang telah disanitasi dan telah melalui proses pest control.
Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Pahang melalui Kumpulan Wang Amanah Jawatankuasa Malapetaka Negeri Pahang (KWAMP) adalah pengendali dan penyelaras manakala MUIP Supermarket Group Sdn Bhd adalah pembekal yang dilantik oleh Kerajaan Negeri.