Pengumuman

Program Pemantapan Dan Penyelarasan Pengagihan Bekalan Makanan PDM-JKM Bersama Inter Agensi

Pulau Tioman, 16-18 Jun 2022 (Khamis-Sabtu) :
Telah berlangsung Program Pemantapan dan Penyelarasan dan Pengagihan Bekalan Makanan PDM-JKM Bersama Inter Agensi. Program ini bertujuan untuk menjalinkan kolaborasi antara pihak PDM dan JKM serta Inter Agensi bagi memastikan hubungan dan kerjasama yang efektif dalam pengurusan membabitkan penyediaan bekalan makanan, bantuan menyelamat, pengagihan dan logistik di seluruh Pangkalan Hadapan Negeri
Pahang.
Program ini telah dilaksanakan di lima Pangkalan Hadapan (PH) iaitu Kg. Juara, Kg. Salang, Kg. Tekek, Kg. Genting dan Kg. Mukut.
Turut hadir, Ahli Dewan Undangan (ADUN) Tioman, Datuk Seri Mohd Johari Hussain dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MUIP Holdings, Ahmad Mustaqim Mohd Zain, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Pejabat Daerah Rompin dan Pusat Kutipan Zakat (PKZ).