Pengumuman

PROGRAM PEMANTAPAN PERSONEL (3P)

Jerantut, 13 Jun 2022(Isnin)- Bertempat di Kompleks Belia dan Sukan Daerah Jerantut, telah diadakan program pemantapan personel (3P). Program ini dianjurkan oleh bahagian Psikologi dan Kaunseling PKMD Jerantut yang melibatkan semua kakitangan PKMD Jerantut.
Program yang dihadiri oleh semua kakitangan ini bertujuan mengukuhkan lagi sahsiah diri individu sekaligus mampu membentuk satu pasukan yang hebat dalam melaksanakan tugasan hakiki diamanahkan. Terima kasih kepada semua kakitangan yang terlibat.

#BerkatBerjasa
#KeluargaMalaysia
#PKMDJerantut
#JKMNPahang