Pengumuman

KPKM turut membuat lawatan kerja ke Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK)

YBhg. Dato' KPKM turut membuat lawatan kerja ke Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) Air Putih, Balik Pulau, Pulau Pinang.
Dalam lawatan ini, YBhg. Dato' KPKM telah melihat infrastruktur dan prasarana di sana dalam memastikan objektif penubuhan PPDK ini dapat dicapai.
PPDK merupakan satu kaedah dalam pembangunan komuniti untuk golongan OKU menjalani pemulihan dalam keluarga dan masyarakat serta memberi peluang kepada OKU menjalani pemulihan, mengecapi peluang sama rata dan berinteraksi dengan masyarakat.