Pengumuman

Seminar JKM sebagai pemangkin kesejahteraan sosial Komuniti Setempat

Satu program iaitu Seminar JKM sebagai Pemangkin kesejahteraan sosial Komuniti Setempat bertempat di Dewan Seri Sungkai, Sungkai.
Program yang melibatkan penyertaan penuh dari Penghulu-Penghulu Mukim, Pengerusi-Pengerusi Majlis Pengurusan Kampung, Anggota-Anggota Majlis Pengurusan Kampung & agensi-agensi yang berperanan dalam menjaga kesejahteraan sosial komuniti dalam daerah Batang Padang & Muallim, adalah bertujuan untuk menyampai dan menyebarluaskan peranan & perkhidmatan yg ditawarkan oleh JKM dalam membantu masyarakat setempat.
Selain dari taklimat berkenaan dengan peranan dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh JKM, terdapat juga taklimat berkenaan i-Suri dengan kerjasama KWSP cawangan Ipoh. Kaunter pendaftaran untuk i-Suri jg telah di buka untuk memberi peluang dan ruang kepada klien yang berkelayakan untuk mendaftar.
Terima kasih dan penghargaan yang sangat tinggi diberikan kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak dalam menjayakan seminar sehari ini.. Syabas diucapkan!
JKM Sebagai Pemangkin Kesejahteraan Sosial Komuniti Setempat.