Pengumuman

Mini Karnival OKU@PDK Negeri Sabah & W.P. Labuan 2023

26 Januari 2023 - Mini Karnival OKU@PDK Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan 2023 telah dirasmikan oleh YB Datuk James Ratib, Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Negeri Sabah di Sabah International Convention Centre (SICC) Kota Kinabalu.

Antara aktiviti yang dijalankan semasa mini karnival ini adalah Sesi Ceramah, Pemeriksaan Kesihatan, Pameran & Jualan Produk PPDK, Pertandingan Mewarna, Pertandingan Got Of Talent, Pertandingan Wheel Chair Berhias dan Pertandingan Fashion Show. Penyerahan Geran Tambahan, Anugerah Pelatih Terbaik, Petugas Terbaik, Penyelia Terbaik dan PPDK Terbaik turut disampaikan oleh YB Menteri KPMKR.

Hadir bersama, Encik Jais bin Asri, Pengarah Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah, Puan Siti Fatimah Ismail, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Jabatan Pembangunan Orang Kurang Upaya, Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia, Puan Roshayati Omar, Timbalan Pengarah Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah dan Semua Pengerusi Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) Negeri Sabah.