Pengumuman

MAJLIS PENYERAHAN TUGAS PUSAT JAGAAN SINAR KASIH (PJSK) DARIPADA TAMAN SERI PUTERI KUCHING KEPADA RUMAH KANAK-KANAK TOH PUAN HAJAH NORKIAH, KUCHING

Kuching, 30 Ogos: Satu Majlis Penyerahan Tugas untuk Pusat Jagaan Sinar Kasih telah diadakan petang tadi daripada Timbalan Pengetua Taman Seri Puteri Kuching kepada Pengetua Rumah Kanak-Kanak Toh Puan Hajah Norkiah, Kuching.
 
Penyerahan tugas Pusat Jagaan Sinar Kasih ini telah disaksikan oleh Puan Hajah Hadijah binti Kassim, wakil Lembaga Pelawat Rumah Kanak-Kanak Toh Puan Hajah Norkiah, Kuching dan Puan Armisy binti Basri, wakil daripada Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian Kuching.
 
Turut hadir dalam majlis ini adalah wakil daripada Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian Samarahan dan wakil daripada Cawangan Pelindungan Kanak-Kanak, Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak.
 
Pusat Jagaan Sinar Kasih merupakan sebuah institusi pelindungan dan penjagaan untuk wanita hamil luar nikah yang berusia 18 tahun ke atas. Sebelum ini, Pusat Jagaan Sinar Kasih telah beroperasi di Taman Seri Puteri Kuching sejak tahun 2010. Namun demikian, sehingga tahun 2018, operasi Pusat Jagaan Sinar Kasih diberhentikan sementara untuk memberi laluan bagi penempatan Asrama Akhlak (P) di Taman Seri Puteri Kuching.
 
Dengan sempurnanya Majlis Penyerahan Tugas ini maka dengan rasminya Pusat Jagaan Sinar Kasih akan mula beroperasi pada 1 September 2019 di Rumah Kanak-Kanak Toh Puan Hajah Norkiah, Kuching.