Pengumuman

SEMINAR INTEGRITI DALAM KERJAYA

Bahagian Khidmat Pengurusan Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Terengganu telah menganjurkan Seminar Integriti Dalam Kerjaya bertempat di Pusat Khidmat Setempat OKU, Marang pada 16 Oktober 2016. Seramai 40 orang pegawai dan kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Terengganu, Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah dan Institusi telah menghadiri seminar ini.
 
Penceramah jemputan adalah Tuan Haji Talaha bin Ali (Mantan Pegawai Daerah Setiu) daripada Terengganu Integrity Strategic Studies Institute, Encik Mohd Yuslin bin Yusof, Penolong Penguasa daripada SPRM dan Ustaz hasyamuddin bin Adam daripada IPD Kuala Terengganu yang telah menyampaikan ceramah. Penerangan yang disampaikan adalah berkaitan dengan mempertingkatkan kepentingan menjaga integriti dikalangan kakitangan penjawat awam.
 
Seminar yang diadakan ini diharapkan dapat memberi manafaat dan peringatan kepada kakitangan agar pembudayaan integriti yang diamalkan membolehkan penyampaian perkhidmatan awam dapat dilaksanakan dengan telus.