Pengumuman

MAJLIS PERJUMPAAN BERSAMA PENGARAH KEBAJIKAN MASYARAKAT NEGERI TERENGGANU

Pada 5 April 2017 telah diadakan Majlis Perjumpaan bersama Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri Terengganu bertempat di Dewan Besar Taman Sinar Harapan Kuala Terengganu sempena mengalu alukan kedatangan Encik Zuhami bin Omar sebagai Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri Terengganu berkuatkuasa 15 Mac 2017 dan memulakan tugas dengan rasmi pada 02 April 2017 selepas penangguhan selama 2 minggu. Majlis telah dihadiri oleh pegawai dan kakitangan dari ibu pejabat Jabata Kebajikan Masyarakat Negeri Terengganu, Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah dan juga Institusi.

Dalam ucapan Tuan Pengarah, beliau telah memberi amanat supaya meningkatkan mutu perkhidmatan selaras Pentadbiran Kerajaan Terengganu sebagai stakeholder yang mengharapkan penjawat awam  bukan setakat melayan pelanggan yang memerlukan perkhidmatan tetapi menawarkan perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan. Selain itu, Tuan Pengarah menjadikan hari isnin adalah Hari Tanpa Mesyuarat dan Ketua-Ketua Jabatan dikehendaki turun ke lapangan untuk menyelesaikan masalah dan bertemu pelanggan serta menjadikan platform terbaik untuk memahami masalah sebenar yang dihadapi rakyat. Ketua Jabatan juga perlu menjadikan hari tersebut sebagai ‘hands –on’ untuk melatih anggota bawahan mereka melakukan kerja dengan lebih efisyen dan berkesan. Beliau turut mengingatkan semua warga JKM perlu memastikan semua urusan berkaita tugas-tugas yang dilaksanakan diuruskan secara sistematik supaya selaras dengan peraturan-peraturan dan arahan – arahan yang berkuatkuasa.

Beliau juga turut menyampaikan Anugerah Pekerja Cemerlang Bulanan kepada 14 orang pegawai dan kakitangan yang cemerlang di peringkat ibu pejabat, daerah dan institusi bagi tempoh Januari hingga Mac.